Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dengan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang.
Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8 ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam semula jadi yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar ini.
Hanya 2.5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, tetamu akan mendapat pengalaman memandu indah melalui kampung orang melayu untuk ke resort. Ia mudah diakses dengan kereta, tempat letak kenderaan yang mencukupi disediakan untuk para tetamu. Apabila sampai Tanah Aina Fahad, tetamu akan disambut dengan bunyi sungai yang mengalir dan pemandangan indah Sungai Dong.
Jika anda ingin menggunakan dapur, dapur boleh didapati dengan sewa RM500 selama 24 jam (12:00-12:00) maksimum 20 orang setiap dapur. Di dapur terdapat barang-barang seperti perkakas dapur, peti sejuk, pembakar roti, set BBQ dan dapur gas.
Tanah Aina Fahad ini bukan sahaja sesuai untuk seisi keluarga malah rombongan sekolah, universiti, majlis hari keluarga ataupun perkhemahan juga sesuai diadakan di sini resort mesra alam penuh menghijau ini. Berminat?
HARGA PENGENALAN
- RM100 seorang
- Penginapan perkhemahan 2-5 pax per khemah
- Makanan tidak termasuk
- Dapur boleh didapati denga sewa RM500 untuk 2 hari 1 malam (12:00-12:00) untuk maksimum 20 orang setiap dapur
- Peralatan disediakan (masak dan makan)
- Percuma – kopi, teh, teh misai kucing dan air minuman
Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari Facebook Tanah Aina