Pagi tadi sekitar jam 4.30 pagi, berlaku serangan bom menggunakan bom tangan dan telah menyebabkan 14 orang awam cedera. Pihak polis sedang meneliti latar belakang semua mangsa yang cedera dalam letupan itu dan pihak polis percaya yang mangsa, kebanyakannya pelanggan pub yang berhampiran. Dua bom tangan telah digunakan tetapi hanya satu meletup manakala yang lain telah diambil dari bawah kereta yang terletak berhampiran kawasan itu.
Difahamkan ada saksi melihat ada sesuatu yang dilemparkan dari tingkat kedua Kompleks Sun sebelum ia meletup. Selain daripada 14 mangsa yang cedera, beberapa kereta turut rosak. Satu letupan kuat di hadapan Kompleks Sun, Jalan Bukit Bintang awal pagi ini telah mengejutkan orang awam di kaasan itu. Laporan awal mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 10 cedera dan puluhan anggota polis dan pegawai dilihat di hadapan kompleks. – NST