Masih sempat lagi jika anda ingin menderma untuk program “Save a Child Every Minute” ini. Anda hanya perlu beli produk Dettol dan Harpic sehingga hari ini!
Ini kerana pihak Reckitt Benckiser ( syarikat peneraju dunia bagi produk kesihatan dan kebersihan pengguna ) telah melancarkan kempen seluruh negara yang bertujuan mencegah kematian akibat cirit-birit di kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun – melalui kempen “Save a Child Every Minute.” Bersandarkan visi global dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kebersihan untuk lebih 200 juta individu menjelang 2020, RB telah bekerjasama dengan Save the Children untuk menangani kekurangan amalan kebersihan dan fasiliti kebersihan. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, RM1 daripada setiap jualan berjumlah RM20 bagi produk Dettol dan Harpic di antara Ogos dan September 2014 akan disalurkan kepada Save the Children untuk program mencegah kematian akibat cirit-birit ini. Melalui inisiatif serupa sepanjang tahun ini meliputi negara di Asia Tenggara seperti India, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Sri Lanka, RB menyasarkan untuk meraih kutipan keseluruhan bernilai GBP 280,800.
RB telah bekerjasama dengan Save the Children sejak 2003 dan meraih lebih £15 juta (~ RM77.9 juta) dan membantu 2.5 juta orang termasuk 1.5 juta kanak-kanak untuk pelbagai program di seluruh dunia. Pada tahun 2013, kerjasama ‘Healthier kids, Happier homes’ dilancarkan semula dengan sasaran untuk mengurangkan jumlah kematian kanak-kanak akibat cirit-birit menjelang 2020 dan RB telah memeterai pelaburan sebanyak £23.5 juta (~ RM121 juta) sehingga 2015. Dengan fokus kukuh terhadap teknologi dan inovasi, RB juga komited untuk menyediakan produk penyelesaian bagi membantu menghentikan kematian kanak-kanak akibat cirit-birit.
Kerjasama bersama Save the Children dengan tujuan “Save a child every minute” akan dijalankan menerusi pendekatan holistik: dalam merawat dan mencegah insiden cirit-birit dan juga bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dalam menangani masalah ini. Bermula Ogos, kami menyasarkan untuk meraih RM50,000 dengan menderma 5% daripada hasil jualan produk Dettol dan Harpic di antara 1 Ogos 2014 sehingga 30 September 2014.
Fakta ringkas :
800,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mati setiap tahun akibat cirit-birit. RM1 daripada setiap jualan berjumlah RM20 bagi produk Dettol dan Harpic di antara 1 Ogos 2014 sehingga 30 September 2014 akan disalurkan terus kepada usaha mencegah cirit-birit. RB di Asia Tenggara menyasarkan untuk meraih GBP 280,800 untuk kempen sepanjang 2014 ini.