Difahamkan petang semalam ribut hampir setengah jam yang melanda beberapa kawasan dalam bandar raya ini sebentar tadi menyebabkan banyak pokok tumbang dan menghalang laluan jalan raya. Antara kawasan yang mengalami kerosakan serius adalah Bukit Jelutong dan Taman TTDI Jaya.
Bukan itu sahaja, lebih 100 rumah rosak dengan atap gentingnya diterbangkan serta beberapa kereta turut dihempap pokok tumbang berikutan kejadian ribut kuat yang melanda sekitar bandar raya ini.
Majlis Bandaraya Shah Alam pula dalam satu kenyataan berkata ia telah menghantar unit pasukan pantas mereka ke lokasi pokok tumbang termasuk di Seksyen U8, Seksyen U2, Seksyen 8 dan Seksyen 9.
Sumber : Berita Harian, ohmedia, Cari forum