Kami pernah mengintai gaya dan fesyen pilihannya di Instagram sebelum ini [ BACA : 8 Fesyen Pilihan Kilafairy !] . Ternyata Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan ini memang punya pesona dan auranya tersendiri. Baru-baru ini , kami berkesempatan menemubual si cantik manis ini pada majlis pelancaran siri web original terbaru dari Tonton, “Hanya Satu” yang diadakan di Empire Subang Gallery. Tampil ringkas dengan seluar palazo warna putih dipadankan dengan crop top rona kelabu, penyanyi dan pelakon berbakat besar ini ternyata seorang yang peramah dan ceria. Kami sempat bertanyakan tentang fesyen kegemaran, tips kecantikan sehinggalah ke ciri lelaki idamannya.
Apa trend yang paling digemari anda ?
Saya bukan jenis yang mengikuti trend dalam berfesyen . Bagi saya yang penting adalah keselesaan. Antara trend yang sering saya gayakan adalah sneakers, jeans dan baggy shirt
Boleh kongsikan sedikit tips bergaya dengan pembaca Wanista.com?
Keep it simple, don’t try too hard and always remember less is more . Tak perlu pening-pening untuk dress up. Kala bersiap, buka sahaja almari dan capai sahaja pakaian yang anda rasa nak pakai waktu tu.
Apakah jenis senaman yang anda amalkan?
Kardio, sambil lakukan kardio . saya suka bernyanyi sebagai latihan pernafasan untuk persediaan persembahan. Selain itu saya juga lakukan squat dan sit up.
Namakan selebriti Malaysia paling bergaya bagi anda.
Yuna
Siapa ikon fesyen anda?
Victoria Beckham
What is your current fashion obsession?
Ripped jeans dan boyfriend jeans
Jenis fesyen beg tangan kegemaran?
Sling bag
Boleh kongsikan tips kecantikan yang diamalkan?
Minum banyak air, saya tak boleh letak banyak mekap pada kulit kerana mempunyai kulit jenis sensitif, saya juga bukan jenis yang buat facial sebaliknya akan jumpa doktor kulit untuk nasihat kecantikan termasuklah nasihat produk penjagaan kulit dan pengambilan vitamin untuk kulit.
Kalau anda terlambat ke majlis, tiga item mekap yang anda akan capai adalah…
Gincu, bedak kompak dan shading
Bahagian badan yang paling disukai anda adalah…
Kening
What is your biggest turn on
Family man
Turn off?
Lelaki yang suka menunjuk-nunjuk, jenis yang suka berlagak kaya
Cheesiest pick up yang pernah anda terima ….
Saya tak berapa ingat the exact line, tapi saya memang paling menyampah dengan lelaki yang ingat dia boleh beli saya dengan duit.
Ciri lelaki idaman anda
Hormat pada orang tua,sokong kerjaya saya, tak merokok dan funny
Saya akan membelanjakan RM 50 terakhir saya untuk membeli…
Makanan
Wanita lebih seksi bila …..
Confident (yakin)
Apa erti keyakinan bagi anda?
Keyakinan adalah cara anda membawa diri di tempat awam
Dalam beg tangan saya mesti ada ..
Telefon bimbit, dompet , hand sanitizer,kunci kereta dan topeng muka .
Selain berlakon dan menyanyi , apa lagi bakat anda yang orang tak tahu?
Futsal! I am a defender . Saya juga seorang runner waktu zaman sekolah.
Travel or shopping
Travel ( Antara tempat yang pernah dilawati Kila termasuklah Eropah ; Paris, London, Hong Kong,Bangkok, Australia . Kalau di Malaysia, Killa sukakan pantai dan pulau)