Boleh dikatakan semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan teknik rejuvenasi untuk membantu meremajakan wajah mereka dan salah satu teknik tersebut ialah rawatan suntikan botox. Botox boleh digunakan untuk mengendurkan otot muka yang mengakibatkan kedutan.
Apa Itu Rawatan Botox?
Botox adalah satu protein semula jadi yang telah ditulenkan dan boleh mengendurkan otot. Bahan aktif rawatan botox berasal daripada bakteria seperti mana penisilin berasal daripada kulapok. Ia dihasilkan dalam keadaan makmal yang steril. Botox adalah ubat preskripsi dan rawatan hanya boleh didapati daripada ahli perubatan profesional yang berkelayakan.
Bagaimana Rawatan Botox Dapat Membantu?
Botox boleh digunakan untuk mengendurkan otot muka khusus yang menyebabkan kedutan dinamik (kedutan yang terbentuk semasa ekspresi wajah). Apabila otot santai, anda tidak boleh mengerut otot itu, dan dengan itu menghalang kedutan muka yang tidak diingini. Kedutan akan dilicinkan secara beransur-ansur dan garis-garis baru akan dihalang daripada berbentuk.
Apakah Yang Terlibat Dalam Rawatan Botox?
Rawatan botox adalah satu prosedur bukan pembedahan di mana sejumlah kecil botox disuntik ke dalam otot muka yang dipilih oleh doktor terlatih dengan menggunakan jarum yang sangat halus.
Difahamkan rawatan botox mengambil masa kira-kira 10 minit. Ketidakselesaan biasanya minimum dan singkat, dan anestetik biasanya tidak diperlukan, suntikan boleh menyengat untuk beberapa saat. Aktiviti biasa boleh disambung semula tidak lama kemudian. Dos yang diyorkan untuk rawatan berbeza bergantung kepada keadaan individu dan kedutan di wajah.
Berapa Lama Kesan Botox Akan Kekal?
Kesannya boleh kekal sehingga 4 bulan sebelum kedutan perlahan-lahan mula kembali. Jika anda telah mengulangi rawatan botox, kesannya akan bertahan lebih lama.
Berapa Cepat Boleh Melihat Perbezaan?
Dalam masa 3 hari, anda mungkin boleh kesan pelembutan dalam penampilan kedutan dahi antara kening anda dan ia mengambil masa sehingga 7 hari untuk melihat keputusan sepenuhnya. Kawasan ini akan terus diperbaiki sehingga sebulan.
Perbezaan Botox Dan Pembedahan Plastik?
Pembedahan plastik boleh mengubah bentuk muka secara kekal dan mungkin bertentangan dengan kepercayaan agama. Manakala botox adalah rawatan mudah yang memberi kesan estetik sementara, boleh diterbalikkan dan terhad kepada kawasan sasaran sahaja.
Adakah Sekatan Agama Terhadap Rawatan Suntikan Botox?
Botox telah didaftarkan di lebih 80 negara di seluruh dunia dan ini termasuk negara-negara yang mempunyai penduduk Islam yang besar, contohnya, Malaysia, Indonesia, Turki, Mesir, Arab Saudi, Jordan, Pakistan, Bahrain, Kuwait, Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Lubnan.
Untuk membolehkan botox digunakan oleh lebih ramai orang lagi, langkah-langkah yang ketat telah diambil oleh pengeluar untuk memastikan bahawa produk akhir tidak mengandungi bahan daripada haiwan.
- Kandungan botulinum toxin type A. Tersebut dihasilkan daripada sumber-sumber yang haram / meragukan dari segi syarak atau yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia; dan
- Suntikan yang dilakukan bagi mendapat kecantikan semata-mata atau bagi tujuan penipuan (gharar) juga tidak diharuskan. Walaubagaimanapun, suntikan botulinm toxin type A atau botox untuk tujuan perubatan, dengan syarat ia dilakukan oleh pakar yang bertauliah adalah diharuskan mengikut kadar keperluan. (diperolehi daripada e-fatwa)
Adakah Terdapat Kesan Sampingan?
Dengan jumlah yang digunakan untuk rawatan garis-garis wajah, kesan sampingan biasanya sementara dan terhad kepada kawasan suntikan. Kesan sampingan yang mengkin berlaku termasuk sakit kepala, sakit, rasa membakar atau pedih, lebam, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan, kelemahan otot setempat termasuk kelopak/kening kuyu, kelopak mata bengkak, ketegangan kulit, sensasi sesemut, gatal-gatal, sakit dahi, loya dan simptom selesema.