Pihak perundangan nampaknya tidak mengambil masa yang lama untuk memberi pengajaran kepada pasangan model berpakaian pengantin yang menimbulkan kekecohan di Ipoh Isnin baru-baru ini , [ Baca : Siapa Sebenarnya Pengantin Separuh Bogel Yang Gemparkan Ipoh Semalam? ].
Low Kah Wai , 27 tahun dan How Jo Yee, 21 tahun yang bekerja sebagai model sambilan telahpun mengaku bersalah kerana menyebabkan kacau ganggu awam di lampu isyarat di hadapan sebuah bank di Jalan Sultan Yussuf di sini pada 25 Ogos dan pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM 400 kepada pasangan ini.
Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong berkata, tindakan pasangan ini telah menarik perhatian orang ramai dan beberapa gambar mereka dirakam dan diedarkan melalui media sosial. Negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang budaya dan tindakan mereka tidak boleh diterima.
Dalam rayuannya, peguam Andrew Soong berkata kedua-dua model akan meminta maaf kepada orang-orang yang tersinggung dengan tindakan mereka.
“Mereka juga telah bekerjasama dengan pihak polis, mengaku salah dan menjimatkan masa mahkamah.
“Tambahan pula, gambar-gambar di media sosial bukan dimuatnaik oleh mereka dan mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian,” katanya.
Kedua-dua mereka telah membayar denda itu.
Ketika ditemui selepas prosiding itu, Soong berkata klien dan keluarga telah tertekan sejak gambar-gambar tersebut menjadi viral di internet.
Beliau berkata mereka bercadang mengambil tindakan terhadap pihak yang telah menerbitkan gambar-gambar tersebut.
[ Via – The Star Online & Mstar Online ]