Dalam cuaca tropika yang biasanya panas dan lembap, kulit kita mudah berminyak dan kelihatan kusam, terutamanya pada penghujung hari. Menggunakan bedak muka hanya menghasilkan efek yang bertompok dan tidak sekata dan memburukkan lagi keadaan.
Namun, jangan risau! L’Oréal Paris membawakan penyelesaian terbaik untuk mengakhiri masalah anda. Direka dan dirumus khas bagi wanita Asia Tenggara, L’Oréal ParisMat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++ membolehkan anda memiliki kulit yang cantik, segar berseri dan kesan seakan-akan tiada pori selama 12 jam lamanya*!
Sebagai sebuah jenama kecantikan global, visi L’Oréal Paris adalah untuk menjadikan kecantikan sesuatu yang senang dimiliki semua. Menggabungkan teknologi terkini dengan ramuan yang berkualiti tinggi, jenama ini membawakan produk kecantikan mewah pada harga mampu-milik bagi semua orang di serata dunia memperoleh kecantikan.
Kelebihan Matte Moden
Matte Moden menghasilkan efek yang efek ringan dan mulus, menjadikan kulit segar berseri. Hasilnya, kulit yang tidak berminyak dengan efek seakan-akan bebas pori, yang bertahan sepanjang hari tanpa perlu memakai semula bedak kompak kemudian hari.
Dengan L’Oréal Paris Mat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++, anda boleh menyempurnakan kulit anda dengan sekelip mata. Ini merupakan penemuan terbaru dalam dunia kecantikan, mineral unik yang berkualiti tinggi: Natural Volcanic Perlite menjadikan kulit tampak matte dan menyerap minyak, memberikan anda kulit yang tidak berminyak dan segar untuk berjam-jam lamanya.
Bedak kompak semua-dalam-satu ini berfungsi dalam tiga cara bagi menghasilkan rupa Matte Moden yang berpanjangan:
Mencantikkan – Ciri Mat Magique yang mengimbangi keadaan kulit membuatkan kulit tidak berminyak selama 12 jam*, walaupun dalam cuaca yang panas dan lembap seperti di Malaysia. Malah, anda tidak perlu lagi memakai semula bedak kompak sepanjang hari!
Menutup – Mat Magique membantu menutup cela dan kekurangan, memberikan penutupan yang sehebat bedak asas lain, sambil memanjakan kulit dengan lapisan bedak yang ringan. Dengan kemasan mulus dan ringan, kulit berubah dengan serta-merta.
Melindungi – Dengan SPF 34 PA+++, Mat Magique menawarkan perlindungan dari pancaran UVA/UVB pada spektrum yang luas, dan memastikan kulit anda kekal terlindung dari gangguan luar, untuk menjamin kecantikan berpanjangan.
Untuk melengkapkan gaya Matte Moden, padankan dengan L’Oreal Paris Color Riche Moist Matte baru, sebuah rangkaian gincu yang mewah dan terang, yang memberikan kemasan matte pada bibir sehingga empat jam lamanya.
Tona dan Harga
L’Oréal Paris Mat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++ boleh didapati dalam tiga tona yang dirumuskan khas bagi tona kulit Asia Tenggara: R1 Rose Ivory, N2 Nude Vanilla dan G2 Golden Ivory; manakala L’Oréal Paris Color Riche Moist Matte terdapat dalam 8 warna. Bedak kompak dijual pada harga RM39.90, isian semula boleh didapati pada hanya RM19.90, manakala gincu bibir pula dijual pada harga RM35.90 setiap satu dan boleh didapati di farmasi dan runcit terkemuka.