Menurut kajian yang dilakukan di Wales sebelum ini, ramai lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memakai solekan 40 peratus kurang daripada solekan biasa mereka. Jadi cuba jauhkan pemerah pipi, maskara tebal, gincu berwarna merah terang apabila anda ingin menarik minat lelaki idaman anda.
Kalau selebriti punya situasi, ke mana sahaja mengenakan mekap, setiap hari mekap. Pernah terbayang bagaimanalah agaknya rupa mereka tanpa secalit mekap di wajah, adakah kita cam atau langsung tidak mengenali mereka. Walaubagaimanapun, setengah selebriti memang dilahirkan pakej lengkap dan kekal menawan dan sempurna tanpa mekap seperti penyanyi hot Jennifer Lopez. Walau tanpa mekap, Jlo masih kekal cantik menawan dilahirkan natural beauty.
Walaupun kita selalu lihat pelakon serta penyanyi ini dengan solekan tebal tetapi dengan bare faced juga dia masih anggun dengan kulit wajah yang bersih. Malah, pada 15 Jun lalu, Jlo sempat selfie dengan caption ‘No Makeup Day’, ramai peminat memuji kulitnya yang flawless tanpa lingkaran hitam, eye bag dan kedutan.
Menurut Jlo, dia amalkan minum air yang banyak dan makan makanan yang sihat, ia akan memberi kesan langsung pada kulit kelihatan lebih sihat dan lebih cerah.
Lihat wajah pelakon yang sudah mencecah 44 tahun, kekal hot dan cun.