Bila nak cantik semua benda ingin dilakukan. Ada yang berhabis ratusan ribu untuk jalani pembedahan plastik malah ada juga sanggup ke pusat rawatan kecantikan yang menggunakan haiwan pelik lagi menakutkan. Pernahkah anda melakukan rawatan muka menggunakan siput? Urutan badan oleh ular? Jika tidak, anda boleh cuba.
1. Rawatan Siput
Bagaimana cara dilakukan? Siput dibiar merayap di seluruh wajah, dengan meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah. Lendir siput babi yang mengandungi paduan protein, antioksida dan asid hyularonic yang berkuasa itu dikatakan dapat mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan radang kulit dan menyingkirkan sel kulit mati.
Difahamkan, kaedah rawatan ini begitu popular di Tokyo sehinggalah tersebar dan semakin popular di Britain.
Menurut pemilik Salon Simply Divine, Diane Gower menerangkan rawatan dikenali sebagai ‘cucian siput’ pada wajah dilakukan menggunakan tiga ekor siput yang dibiarkan merayap di atas muka selama 20 minit membolehkan haiwan moluska itu meninggalkan lendirnya di muka, menyebabkan wajah kelihatan bersinar. (Berita Harian)
2. Pedicure Ikan
Rasanya tidak semua sanggup melakukan rawatan kaki menggunakan ikan. Di beberapa negara Asia seperti Jepun, China, dan Indonesia, spa jenis ini mungkin tidak aneh. Namun bagi sebahagian besar negara di dunia, rawatan kaki dengan membiarkan ikan menggigit kulit kaki ini masih dianggap tidak meyakinkan.
Difahamkan, ikan terapi tersebut akan memakan sel kulit mati yang ada, maka kaki Anda akan lebih bersih, terasa lebih halus dan dipercaya dapat mengubati penyakit kulit tertentu seperti eksem kering dan psoriasis (kulit merah dan bersisik).
Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air. (Berita Harian)
3. Spa Ular
Untuk pengetahuan anda, Bali Heritage Refloxogy dan Spa di Jakarta memilih untuk melakukan urutan menggunakan ular. Ya, ular! Spa ular tersebut menawarkan rawatan urutan unik yang melibatkan beberapa ekor ular diletakkan pada badan pelanggan. Gerakan otot saat merayap dipercayai dapat menghilangkan kesakitan sendi dan otot kaku, sama seperti kesan setelah diurut.
4. Rawatan Lintah
Lintah hisap darah, dengar pun cukup menggerunkan. Apatah lagi diletakkan di muka. Rawatan dengan meletakkan lintah penghisap darah di kulit ini dilakukan di banyak spa di Rusia. Dengan 1000 USD anda boleh meningkatkan peredaran darah dan saluran anti-keradangan dari air liur lintah.