Sejak memperkenalkan koleksi RTW (Ready To Wear) nya , busana raya rekaan pereka fesyen Jovian Mandagie semakin mendapat tempat saban tahun. Namun walaupun sudah dikategorikan sebagai harga mampu milik, masih ramai lagi wanita yang berputih mata dan mengeluh kerana masih kurang berkemampuan memiliki koleksi-koleksi menawan ini.
Jadi pada hari ini, kami di Wanista ingin berkongsi satu berita gembira bagi semua Jovianista di luar sana. Pereka tersebut nampaknya berbesar hati untuk mengadakan jualan murah besar-besaran. Khabarnya potongan harga ditawarkan dari 30 % sehingga 70% termasuk 7 koleksi baru.
Melalui akaun Instagram Jovian Mandagie, jualan murah ini hanya ditawarkan pada hari ini, 24 Julai 2014, bermula jam 12 tengahhari sehingga 2 pagi bertempat di Jstore Shah Alam dan JStore Bangsar. Anda juga boleh mendapatkan diskaun tambahan 5% jika anda repost gambar INI di Instagram anda .
Tambah menarik koleksi terbaru Coco By Jovian juga termasuk dalam senarai jualan murah.
Begitu juga dengan koleksi pakaian kanak-kanak, hasil kolaborasi dengan aktres Lisa Surihani tahun lepas , Baby Lisa yang dijual dengan potongan harga 50%.
So ladies, are you ready for Jboxing?