Kami ada dua berita baik untuk para peminat Shila Amzah. Pertama, penyanyi tersohor Malaysia yang telah mencipta nama dia China ini bakal mengadakan konsert di Malaysia 13 September 2014 (Sabtu) jam 8 malam bertempat di Mega Star Arena.
Tiket konsert telah pun mula dijual pada 28 Jun dan harga adalah mengikut kelas iaitu VIP – RM268, PS1 – RM138, PS2 – RM98 (Semua harga tidak termasuk kos pengendalian RM3).
Kedua, sempena pelancaran jualan rasmi tiket konsert Shila Amzah <Love> Live di Malaysia, Shila akan mengadakan satu sesi perjumpaan peminat dan autograf di Paradigm Mall pada Sabtu ini , 19 Julai, jam 4:30 petang . Para peminat juga masih boleh membeli tiket di kaunter yang disediakan dan satu poster konsert edisi terhad akan diberikan kepada peminat yang membeli tiket konsert pada hari tersebut. Selain itu , anda juga berpeluang mendapatkan tandatangan Shila di atas pentas.
Konsert Shila Amzah “Love ” Live in Malaysia ini adalah anjuran bersama oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dan Shila Amzah Entertainment Berhad dengan penaja rasmi seperti Mega Star Arena, MyFM dan EraFM , Warner Music Malaysia, Paradigm Mall, Premiere Hotel , Airasia, Alexandre Christie dan ESS.
Untuk maklumat lanjut mengenai tiket konsert, sila hubungi:
- Redtix Hotline: +603 – 8775 4666 (Waktu Operasi 9am-5pm,Isnin – Jummat) / atau layari http://redtix.airasia.com/
- Ticket Charge Hotline: 03-92228811 / atau melayari www.ticketcharge.com.my
- Mega Ultimate Hotline: 03-91077223 (Waktu Operasi 9am-5pm,Isnin – Jummat)/ atau melayari Mega Ultimate Facebook