Kami tidak henti mengucapkan syukur apabila mendengar perkhabaran ini. Penyanyi tersohor negara, Ziana Zain, telah mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang mulia ini dengan tampil cantik dengan imej berhijab dan menutup aurat dengan sempurna.
Awal tahun ini ada artikel mengenai anak sulungnya Mohd Aiman, yang meminta beliau supaya memakai tudung dan dia memasang niat untuk berhijab sejak sekian lama namun menantikan masa yang sesuai untuk dirinya melakukan perubahan. Selain Aiman, Ziana mempunyai anak lelaki, Mohamad Amar (11 tahun) dan sepasang kembar Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh yang kini berusia 5 tahun.
Yang menariknya, kisah diva hebat ini bertudung tidak mendapat liputan yang meluas, mungkin dek kerana sikap merendah diri Ziana Zain sejak dulu lagi. Memetik laporan portal Murai, walaupun telah berhijab sepenuhnya Ziana masih aktif seperti biasa cuma penampilannya kini akan cuba dijaga sebaiknya.
Kredit Gambar : Instagram Rizman Ruzaini dan Ziana Zain