Kami ingin kongsikan resepi kuih donat yang lembut dan garing yang boleh anda cuba masak untuk dijadikan hidangan berbuka puasa. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
- 200g tepung roti
- 50g tepung gandum
- 25g marjerin@butter lembut
- 6g yis
- 1sk pes 3 in 1@shortening
- 1sk bread softener (optional) / pelembut roti
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu makan susu tepung
- 1/2 biji telur
- 90-100ml air suam (anda boleh guna susu segar, dan tak perlu gunakan susu tepung )
- secubit garam
Cara-cara membuatnya :
- Satukan semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati hingga menjadi doh yang lembut.
- Tutup doh dengan kain lembap atau pembalut plastik sehingga doh naik dua kali ganda saiz asal.
- Canaikan doh dan terap menggunakan acuan donut atau hanya menggunakan tangan.
- Rehatkan doh 5 hingga 10minit.
- Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan.
- Apabila seju, taburkan gula aising atau topping kegemaran anda.