Fenomena melihat orang melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan perhatian di Facebook sduah biasa kita lihat di dengar. Namun apa yang dilakukan oleh seorang ibu di Gold Coast , Australia demi mendapat perhatian di Facebook ini memang tidak dapat diterima akal.
Ibu muda yang berusia 23 tahun ini telah memberikan sejenis dadah kemoterapi kepada anaknya yang baru berusia 4 tahun. Tujuannya untuk membuatkan anak kecil itu kelihatan seperti pesakit kanser langsung meraih perhatian ramai.
Dia sebelum ini pernah menulis tentang perjuangan hidup anaknya di Facebook yang telah berjaya menarik seramai 8000 penyokong dan mengumpul dana lebih kurang sebannyak $500 (RM1600) .
Menurut sumber, ibu yang dirahsiakan namanya atas alasan undang-undang ini ,telah membeli dadah tersebut secara atas talian dan telah memberikan dadah tersebut kepada anaknya selama 9 bulan.
Kesan daripada pengambilan dadah tersebut telah menyebabkan anak perempuannya, kini berumur lima, menderita penyakit yang mengancam nyawa, termasuk kegagalan sum-sum tulang.
Wanita itu juga bakal dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 6 tahun dan dikatakan mengalami gangguan mental yang jarang berlaku, dikenali sebagai penyakit buatan melalui proksi di mana jika seseorang sengaja menghasilkan, berpura-pura , atau membesar-besarkan gejala seseorang dalam jagaan mereka.
Kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan neneknya.
– Via