Juara tidak dilahirkan. Mereka dibentuk dan dibangunkan. Selama beberapa dekad, MILO® bersama dengan ibu-ibu telah memberi nutrisi dan menjana tenaga kanak-kanak di Malaysia agar mereka mampu mempamerkan keupayaan mereka sebagai seorang juara. Institut Juara MILO®, merupakan tempat di mana kita boleh menyuburkan, memupuk dan menyemai anak-anak kita untuk menjadi Juara Malaysia di masa hadapan dengan membebaskan potensi keupayaan sukan mereka yang terpendam, melalui bimbingan serta nasihat yang akan membantu mereka membina tubuh yang sihat dan mempelajari nilai-nilai murni yang penting dalam kehidupan.
Menurut Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Tenusu, NESTLÉ Products Sdn. Bhd, Ho Hau Chieh, “MILO® mempercayai bahawa setiap orang dari kita adalah Juara. Kami ingin membentuk juara masa hadapan dari usia kecil lagi dengan memperkasakan ibu bapa melalui penyampaian kaedah dan peralatan terbaik, menerusi platform bimbingan yang utama seperti Institut Juara MILO®. Komitmen kami kekal – menjadi rakan utama ibu bapa di dalam usaha mereka untuk membangunkan anak-anak untuk mencapai gaya kehidupan yang seimbang secara menyeluruh dan menjana kemampuan mereka dengan menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran.”
Kini MILO® mempertingkatkan inisiatif pendidikan yang telah sekian lama kami laksanakan menuju aras baru yang lebih tinggi, mempeloporkan kepentingan pengambilan nutrisi yang seimbang yang akan menjana tenaga agar kanak-kanak dapat kekal aktif dan cerdas, dan pada masa yang sama, menerapkan aktiviti sukan di dalam rutin seharian mereka kerana sukan merupakan guru terbaik yang mengajar mengenai nilai-nilai murni kehidupan yang tidak ternilai.
Langkah Pertama bersama Institut Juara MILO®
Memastikan asas yang betul merupakan langkah pertama yang paling penting bagi ibu bapa untuk meraih permulaan yang baik. Pengambilan diet bernutisi dan melaksanakan aktiviti fizikal secara kerap akan memberikan kanak-kanak tenaga menyeluruh yang baik dan lestari serta menjadikan mereka kekal bertenaga untuk mengharungi hari yang penuh mencabar dan memberikan mereka keupayaan untuk belajar dan bekerja dengan lebih cekap, kekal cerdas dan peka, dan pada masa yang sama membesar dengan sihat. Ia merupakan satu fakta bahawa pengambilan nutrisi yang betul dengan jumlah karbohidrat, protein dan lemak yang ideal mampu membebaskan bentuk tenaga yang terbaik dari dalam diri kanak-kanak. Untuk mencapai tahap ini, aktiviti fizikal memainkan peranan sokongan yang amat penting serta melengkapkan usaha tersebut.
Kaedah untuk Membebaskan Juara dari dalam Diri Anak Anda
Ibu bapa boleh melakukan Ujian Aptitude yang akan memerlukan mereka menjawab beberapa soalan yang telah direka khas menjurus kepada pemerhatian terhadap personaliti anak-anak serta tingkah laku mereka secara umum. Hasil dari pemerhatian ini akan dapat membantu ibu bapa mengenal pasti jenis sukan yang sesuai untuk anak mereka. Ini merupakan langkah penting yang akan dapat memastikan kanak-kanak kekal berminat dengan sesuatu jenis sukan agar mereka menerapkannya sebagai tabiat aktiviti fizikal untuk jangka masa panjang.
Ibu bapa merupakan jurulatih pertama kepada anak mereka. Kami akan berkongsi tip serta fakta bersama ibu bapa agar mereka boleh melatih anak mereka di dalam bidang sukan yang mereka minati. Sebagai contoh, ibu bapa boleh klik pada ikon futsal atau bola keranjang dan mendapat akses kepada maklumat asas mengenai sukan tersebut seperti undang-undang permainan, peralatan yang diperlukan dan klinik bimbingan.
Bertindak untuk Memperkasakan Anak Anda
Klinik bimbingan MILO® dianjurkan di pelbagai lokasi terkenal di seluruh Negara di dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Jurulatih berpengalaman dari pelbagai cabang sukan telah mempamerkan sokongan mereka terhadap kem MILO® dan klinik bimbingan ini dengan mengorbankan masa mereka untuk membantu membina dan membentuk keperibadian dan karakter anak-anak muda dengan memupuk nilai-nilai positif melalui sukan.
MILO® akan meneruskan penglibatannya melalui pelbagai platform sukan dan memacu lebih banyak lagi kegiatan sukan untuk kanak-kanak di seluruh Malaysia agar mereka mendapat peluang atau paling tidak mengalami sendiri, semasa mereka masih muda, manfaat dari bermain sukan, “Kami menyeru kepada semua ibu bapa untuk mengunjungi laman web Institut Juara MILO®, dan menandakan laman tersebut sebagai laman yang diminati kerana kami akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti-aktiviti baru sepanjang tahun ini. Mari berikan anak-anak kita kelebihan di dalam kehidupan mereka sekarang juga.”
Kunjungi www.milo.com.my/champions untuk mendapatkan maklumat lanjut.