Bulan puasa bakal menjelma. Sekarang mungkin ada di antara kita yang sedang berpuasa ganti. Jadi, di mana tempat makan best, sedap dan harga yang berpatutan untuk berbuka puasa?
Wanista senarai antara 8 restoran makanan arab yang boleh anda cuba.
1. Restoran Saba, Setiawangsa
Lokasi Restoran Saba ini sangat strategik dengan akses yang mudah dari semua arah. Restoran ini terletak di Dataran Setiawangsa berhadapan dengan stesen LRT Setiawangsa dan mempunyai tempat letak kereta yang selesa dan selamat untuk setiap pengunjungnya. Anda boleh mencuba Mandy Chicken dan Mandy Lamb serta pencuci mulut Baklava dan Masboosa.
LOKASI – Restoran Saba,
1-01 Dataran Jelatek, Jalan Jelatek,
Setiawangsa, 54200 Kula Lumpur
(Berhadapan dengan Stesen LRT Setiawangsa)
2. Wadi Hadramawt, Jalan Ampang
Lokasi betul-betul di depan Lanson Place dekat Jalan Ampang, tempat letak kereta tiada masalah kerana sentiasa cukup. Anda boleh cuba Lamb Mandy Rice, Lamb Haneeth Rice, Chicken Mandy Rice, Mix Grille, Hummus, Baba Ghanouj, Tabbouleh, Mutabbel, Salads, Fattoush dan juga Warak Ainab.
LOKASI – Wadi Hadramawt, 226 Jalan Ampang, Kuala Lumpur
3. Al Rawsha Restaurant, Jalan Kampung Pandan
Restoran Al Rawsha beroperasi 24 jam sehari / 7 hari seminggu, sememangnya tempat yang menarik untuk keluarga dan sesuai juga untuk tempat perbincangan bisnes. FREE WiFI turut disediakan di sini. Dimaklumkan Restoran Al Rawsha ini turut membuat penghantaran sekitar Kuala Lumpur. Apa yang sedap di sini? Anda boleh mencuba Hummus Mthawam, Chicken Mandy di Al Rawsha, Lamb Kebab dan juga minuman Arab Mint Tea.
LOKASI – Al Rawsha Restaurant, No 8, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
4. Taj Hadramawt Restaurant, Setapak
Taj Hadramawt Restaurant, Taman Melati. Kedai ni terletak di dalam daerah Setapak dan bersebelahan dengan MRR2. Apa yang patut anda cuba? Lamb Madghout 1Kg, Chicken Madghout 1Kg dan Chicken Mendy tetapi di sini punyai pelbagai pilihan yang boleh anda cuba. Mengikut kepada review orang ramai, harganya sangatlah berpatutan dan bersesuaian dengan kualiti makanan dan layanan yang diberikan.
LOKASI – No. 45G, Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-4106 3323. Facebook Taj Hadramawt
5. Naab Restaurant, Bukit Bintang
Kami cadangkan anda cuba di Naab Restaurant , Jalan Bukit Bintang. Di Naab Restaurant ini, mereka menyediakan makanan dari Parsi iaitu dari salah satu wilayah yang terletak di Timur Tengah. Lokasi Naab Restaurant terletak bersebelahan dengan hotel Grand Millenium. Makanan Parsi adalah sangat ringan dan berkhasiat dengan warna-warna rempah, sayuran dan bijirin sememangnya membuka selera. Bagi yang teringin merasai masakan ala parsi untuk berbuka puasa, boleh la singgah ke Naab Restaurant. Paling sesuai bagi mereka yang penat membeli belah di Bukit Bintang, restoran ini sangat hampir dengan anda.
LOKASI – Naab Restaurant
130 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
+603 2143 3949
6. Nasi Arab Ta’if, Kota Damansara
Nasi Arab Ta’if Kota Damansara. Lokasi senang sahaja, bertentangan dengan Giant Kota Damansara. Walaupun restoran ini simple dan kecil tetapi ternyata makanannya sungguh sedap dan harga berpatutan malah portion agak besar dan cukup mengenyangkan. Anda boleh mencuba Chicken Mandi, Lamb Mandi dan juga minuman Teh Arab.
LOKASI – Nasi Arab Ta’if
43 Jalan PJU5/20E, The Strand,
Dataran Sunway, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
7. Restoran Zam Zam, Sek 9, Shah Alam
Restoran Zam Zam di Seksyen 9, Shah Alam. Restoran Zam Zam ini mempunyai bangunan sendiri dan berdiri gah di belakang deretan kedai di Seksyen 9, Shah Alam. Betul-betul terletak berhadapan dengan Klinik Paedratik Adek. Di sini antara yang menarik ialah Lamb Mandy, Mixed Grill, Arabic Salad, Muhalabia, Chicken Mandy.
LOKASI – Restoran Zam Zam
1, Jalan Tengku Kompleks Oasis 9,
Ampaun Zabedah G/G, Seksyen 9,
40100, Shah Alam, Selangor
8. Restoran Marhaba, Publika Solaris
Restoran Marhaba yang terletak di Publika Solaris. Hiasan di dalamnya di datangkan khas dari Yemen. Anda patut cuba Homemade Mulauwah Bread (Roti mulauwah yang di bakar dalam ketuhar batu), Lamb Hanith, Chicken Mazbi, Fuladah, Dessert Honey Banana, Teh Mulaban.
LOKASI – MARHABA RESTAURANT
D1-G4-1, PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS
NO 1, JALAN DUTAMAS
50480 KUALA LUMPUR