Ibu bapa harus berwaspada mengenai anak-anak mereka kerana terdapat pelbagai kes jenayah melibatkan kanak-kanak yang semakin membimbangnkan. Sedih kami tatkala membaca berita di akhbar pagi ini di mana seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin semalam. Mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.
Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar menggunakan marble seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri. Ibu bapa mangsa yang sudah dimaklumkan bergegas ke tempat kejadian untuk membuat pengecaman dan ibunya hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya.
Suspek yang merupakan lelaki warga asing berusia 30-an itu kini diburu oleh pihak polis dan Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.