Bagi anda yang menunggu telefon pintar yang lebih luas dan mudah untuk digunakan, OPPO Electronics telah mengumumkan penampilan kali pertama di Malaysia telefon perdana keluarannya dalam siri Find, iaitu Find 7 – peranti 4G/LTE pertama daripada OPPO yang juga menyokong resolusi Quad HD. Telefon ini telah diumumkan kepada pasaran dunia pada Mac lalu di Beijing.
Menyusul Find 5 yang mendapat gelaran telefon mudah alih paparan penuh HD pertama di dunia, telefon Find 7 direkacipta dengan mengambil kira keperluan pengguna sambil meningkatkan tahap inovasi dalam teknologi telefon mudah alih.
Ciri telefon OPPO Find 7
1. paparan Quad HD 5.5-inci dengan teknologi Touch-on-Lens (Sentuh Kanta). Teknologi unggul ini digandingkan dengan Gorilla Glass 3 menjadikan skrin Find 7 bukan sahaja tegar, tetapi juga menambahkan kekuatannya sebanyak 40%.
2. Telefon ini juga dilengkapi dengan Pure Image 2.0, kaedah fotografi perkakasan dan perisian yang meningkatkan imej yang diambil oleh kamera 13 megapiksel kepada imej 50 megapiksel.
3. Mod “Ultra-HD” melakukan ini dengan mengambil sepuluh foto di bahagian belakang dengan hanya menekan satu butang, kemudian menggabungkan foto-foto itu untuk mencipta imej terbaik untuk cetakan berkualiti tinggi.
4. Pure Image pada OPPO Find 7 termasuk enam kanta fizikal, sensor terkini Sony Stacked CMOS IMX214 dan apertur lebar f/2.0, memastikan imej terang jelas setiap kali.
5. Mempunyai kerangka aloi titanium-aluminum yang pejal, Find 7 mengguna pakai teknologi termoden.
6. Teknologi pengecas pantas VOOC yang baru dibangunkan. Teknologi ini memendekkan masa pengecasan dengan mudah, memanjangkan hayat bateri telefon kepada 75% dalam masa 30 minit. Teknologi pengecas pantas VOOC ini juga mempunyai ciri keselamatan terdiri daripada lima lapis perlindungan terma (haba) yang mencegah pemanasan secara berlebihan semasa mengecas.
7. Telefon in juga mempunyai suite peningkatan MaxxAudio yang memenangi Technical GRAMMY Award – ini meningkatkan julat dan frekuensi dinamik Find 7, menghasilkan bunyi yang jelas untuk penikmatan audio yang berkualiti tinggi.
Harga
Telefon pintar Find 7a boleh didapati secara rasmi di semua cawangan dengan harga RM 1,598 manakala Find 7 dijual dengan harga RM 1,998 akan mula diedarkan di Malaysia pada akhir bulan Jun.