Mesti anda mengenali pelantun suara lagu Matahariku dari seberang iaitu Agnes Monica,kan? Agnes yang tampil dengan single terbaru ‘Bottle Coke’ bersama rapper Timbaland kini berada di Amerika Syarikat untuk mengembangkan bakatnya. Namun, Agnes juga tampil dengan kulit yang semakin tanned atau gelap dan tubuhnya kelihatan sangat sasa dan berotot menimbulkan pelbagai spekulasi dan juga persepsi. Menurut Agnes, dia sering terlibat dalam latihan menari dan sukakan sukan termasuklah berlari, muaythai, boxing dan juga aktiviti di gimnasium. Dia juga berkongsi tips bersenam dan juga makanan yang sihat di laman sosial Instagramnya : AgnesMo.
Penyanyi kelahiran 1 Julai 1986 ini bukan 5 atau 10 tahun berada di dalam dunia hiburan. Agnes sudah menjadi artis sejak tahun
1992 , ketika dia baru berusia enam tahun. Agnes mengeluarkan album pertamanya yang berjudul SI MEONG dan selepas itu, wajah Agnes makin akrab muncul di kaca televisyen Indonesia dan semakin popular di Malaysia.
Jom lihat transformasi badan Agnes yang semakin hebat ini!
Agnes Monica Dulu
Agnes Monica Kini