Apa itu IKAT PANTS? Ia merupakan satu seluar persis harem pants dan kebiasaannya bermotifkan cetakan. Seluar jenis ini panjangnya sampai buku lali, slim fit, stretchable waistband, stretchable ankle cuffs, side pockets dan juga ikat print.
Sangat cantik jika anda memilih ikat pants yang mempunyai rona terang dan bercetak. Selain daripada itu, ianya sangat selesa dan lapang dipakai oleh penggemar fesyen ini.
Boleh sesuaikan dengan pelbagai gaya, anda juga boleh mengenakan ikat pants ke tempat kerja, hanya perlu top, blouse atau kemeja dan padankan dengan blazer dan statement necklaces sebagai pelengkap.
Wanista kongsikan beberapa inspirasi idea pemakaian ikat pants
1. Gaya santai – ikat pants dipadankan dengan tops dan sandal. Model memilih padanan warna terang bagi tampilkan imej ceria.
2. Gaya formal – Model memilih ikat pants jenis tribal printed dipadankan dengan tops hitam dan blazer rona kuning.
3. Ikat pants dipadankan dengan kemeja dan sandals. Aksesori bangle dan skaf pelengkap gaya.
4. Untuk yang mengenakan hijab. Selendang dipilih dari rona yang sama dengan tumit tinggi.
5. Jika anda sukakan padanan warna terang dan berani, ini contohnya. Model memilih ikat pants berwarna merah dipadankan dengan blouse hijau tua dan selendang oren lembut.
6. Kreatif & Unik! Model memilih ikat pants jenis tribal printed dipadankan dengan top putih dan printed blazer.
7. Inspirasi untuk pemakaian harian yang boleh anda cuba. Model cantik dengan top hitam dipadankan dengan ikat pants rona terang dan tumit tinggi.
Contoh Lain
Gambar ihsan daripada pinterest