Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Sudah tiba masanya untuk wanita membina rangkaian, menyusun strategi dan bergerak; dan menunjukkan kehadiran, suara, dan visi pada dunia. Untuk wanita membina visi cemerlang, sudah semestinya penggunaan teknologi tidak boleh diabaikan. Teknologi bukan sekadar tentang telefon pintar sahaja, tetapi ia adalah untuk memperkasakan wanita dan menyediakan penyelesaian yang praktikal untuk kaum hawa. Kami ingin berkongsi kisah inspirasi mengenai wanita yang menggunakan teknologi dalam kehidupan mereka. Mereka bijak mengatur masa demi menggapai impian dan mengimbangi masa dengan keluarga.
Kami telah menemuramah Aida Sue yang merupakan seorang penulis untuk portal kami, kolumnis dan juga seorang selebriti di laman sosial khasnya untuk bidang fesyen dan juga kebajikan.
1. Bolehkah anda berkongsi dengan kami serba sedikit mengenai diri anda, pendidikan dan latar belakang pekerjaan anda?
Saya merupakan seorang penulis dan juga editor untuk sebuah portal di dalam talian iaitu Wanista.com dan telah bekerja di dalam bidang ini hampir 2 tahun. Sebelum ini saya merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat automobil di Malaysia. Mungkin ada yang melihat ini adalah salah satu perubahan drastik di dalam hidup saya tetapi bagi saya anda akan lebih berpuas hati melakukan pekerjaan yang anda minat. Selain itu juga saya aktif di dalam bidang kebajikan di laman sosial seperti Twitter, Instagram dan juga Facebook sejak 4 tahun lalu. Saya mula menggunakan media sosial seperti Twitter untuk berkongsi minat saya bersama rakan di laman sosial dan kami telah terlibat di dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan sehingga kini. Kami berjaya mendapat anugerah di salah satu pertandingan yang dijalankan oleh sebuah syarikat telekomunikasi Malaysia iaitu Digi WWWOW Award pada tahun 2012 dan itu merupakan salah satu pencapaian paling membanggakan buat saya dan juga rakan saya.
Saya merupakan seorang penggemar fesyen dan sering berkongsi mengenai minat dan tips mengenai fesyen dan juga kecantikan bersama follower saya di Instagram. Bagi saya internet kini merupakan salah satu nadi hidup saya dan merupakan satu platform yang baik bagi mereka yang ingin mencapai apa yang mereka impikan. Internet juga memberi ruang untuk saya mencapai apa yang saya ada sekarang.
2. Bagaimana anda menguruskan masa antara impian anda sendiri, minat, masa yang berkualiti dengan keluarga dan gambarkan bagaimana bantuan teknologi anda untuk mencapainya?
Memang sukar untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan juga minat terutamanya minat saya di dalam kebajikan yang memerlukan saya meluangkan masa yang lebih serta kerja saya yang memerlukan saya sentiasa bekerja di luar waktu pejabat. Saya menggunakan bantuan teknologi iaitu telefon pintar Nokia Lumia 1520 untuk membantu saya menyelesaikan kerja serta minat saya berkongsi maklumat dengan rakan di laman sosial. Terus terang saya katakan, telefon itulah yang menjadi penyelamat saya. Saya memerlukan aplikasi Wordpress untuk menulis isu penting di portal saya. Saya amat sukakakn Nokia Lumia 1520 kerana kameranya yang mempunyai kualiti gambar sebanyak 20 megapiksel dan aplikasi menyunting gambar yang amat mudah. Saya sering pergi ke acara media dan saya tidak perlu lagi membawa kamera besar untuk mengambil gambar. Hanya perlukan telefon pintar yang mempunyai kualiti gambar setanding kamera profesional!
3. Bolehkah anda nama seseorang yang telah menjadi inspirasi anda sehingga anda berjaya seperti sekarang?
Yang menjadi inspirasi saya adalah kakak saya sendiri. Dia ada disaat saya melalui waktu sukar di dalam hidup dan dia yang banyak membantu saya di saat saya memerlukan kekuatan dan tidak pernah menghakimi saya. Selain itu juga, sokongan tidak berbelah bagi dari keluarga dan juga rakan baik merupakan faktor penting untuk mengecapi kejayaan dan tanpa restu dari keluarga, sudah tentu kemanisan hidup sukar untuk dimiliki.
4. Bolehkah anda berkongsi dengan kami aplikasi mudah alih yang anda sering digunakan dalam peranti pintar anda, dan bolehkah anda memberitahu kami mengapa anda menggunakan aplikasi ini secara kerap?
Sebagai seorang penulis yang boleh dikatakan sentiasa sibuk dengan penulisan dan juga harus melaporkan acara-acara berkaitan kewanitaan yang saya hadiri, memang telefon pintar sangat penting dalam hidup saya. Kemahiran membahagi masa dan melalukan dua atau tiga perkara sekaligus adalah apa yang saya lakukan setiap hari. Setiap hari, saya harus membalas email berkaitan kerja dan untuk ini saya gunakan aplikasi Gmail kerana ia pantas dalam memuatturun email dan memudahkan saya membuat pencarian. Saya juga menggunakan aplikasi Google Calendar; aplikasi ini akan menghantar peringatan kepada diri saya tentang acara yang perlu saya hadiri atau tugasan yang perlu saya selesaikan. Ketika berada di luar pejabat, saya menggunakan aplikasi Wordpress untuk menulis artikel. WhatsApp juga perlu dalam kehidupan saya, kerana selain dari dapat berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan, ia juga memudahkan saya berhubung dengan pelanggan atau pegawai seantara. Memandangkan saya sangat aktif di media sosial, Instagram, Facebook dan Twitter juga terdapat di telefon pintar saya dan memang setiap hari saya gunakan. Saya juga menggunakan aplikasi Nokia Glam Me dan Nokia Creative Studio untuk menyunting gambar.
5. Pada pendapat anda, adakah anda rasa penting bagi wanita mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai teknologi terkini? Mengapa anda fikir begitu?
Wanita harus tahu tentang teknologi terkini. Dengan informasi di hujung jari, tidak ada sebab lagi untuk wanita ketinggalan dalam mengetahui apa teknologi yang boleh memberi manfaat dan kebaikan kepada seorang wanita. Zaman sekarang, semuanya harus pantas dan tepat. Wanita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan menggunakan cara konvensional jika sudah disediakan teknologi yang bagus. Contohnya, jika seseorang wanita itu hendak berniaga tapi kekurangan modal untuk menyewa kedai, segera daftar Facebook atau Instagram, muatturun aplikasi ini ke dalam telefon pintar dan berniagalah walau di mana anda berada. Masa juga tidak lagi jadi penghalang; seawal pagi atau lewat malam pun wanita boleh laksanakan kerjayanya. Dengan pengetahuan mengenai teknologi, terutama pengetahuan dalam menggunakan teknologi itu sepenuhnya, kita sebagai wanita boleh memartabatkan lagi taraf kita ke lebih tinggi, lebih berjaya dan lebih bijaksana.