Mahukan percutian yang lebih mencabar dan bermakna? Apakata cuba melancong secara backpacking. Wanista kongsikan Nombor Indeks Backpacker untuk bandar di seluruh dunia pada akhir 2010 sehingga tahun 2014. Berikut adalah 10 yang termurah di dunia.
10. Bangkok, Thailand – ( RM71.95)
Kos pengangkutan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong seperti Wat Arun dan Jim Thompson House adalah sangat rendah di sini. Makanan pula bukan sahaja sedap tetapi terkenal kerana harganya yang begitu murah. Anda boleh menikmati makanan dari siang ke malam dalam lingkungan harga RM 3.30 ke atas. Restoran-restoran di bandar juga tidak mengenakanbayaran tinggi untuk kemudahan yang selesa dan perkhidmatan yang baik.
9. Luang Prabang, Laos (RM 71.72 )
Luang Prabang mempunyai reputasi sebagai salah satu daripada bandar-bandar di Asia Tenggara yang paling menarik. Kombinasi aneka seni bina penjajah terdahulu negara tersebut serta kuil-kuil yang indah menjadikan suasana di bandar ini luar biasa , romantis , santai dan menyenangkan.
8. Delhi, India- (RM 70.63)
Berbanding dengan tempat lain di India (kecuali Mumbai), kos backpacking di Delhi boleh dianggap antara yang mahal. Namin,menariknya, kos untuk memasuki tempat-tempat tarikan pelancong adalah percuma atau pun sangat murah. Anda juga boleh menyewa kereta persendirian lengkap dengan pemandu dengan harga yang sangat berpatutan.
7. Vientiane, Laos – (RM 70.63)
Sebagai bandar yang lebih kecil, tidak banyak hotel disediakan di Vientiane, tetapi kebanyakan hotel di sini adalah agak murah dan mesra pelanggan. Untuk mendapatkan makanan dengan harga bajet di sini agak mudah.
6. Kathmandu, Nepal – ( RM 60.98)
Harga tempat tinggal (hotel dan asrama) hampir sama murahnya dengan bandar-bandar kecil di India yang boleh dikatakan antara yang termurah di dunia.
Pengangkutan dan kos melawat tarikan di bandar juga amat murah mengikut piawaian hampir sesiapa sahaja. Jadi perbelanjaan utama anda akan tertumpu kepada lawatan trekking atau sukan pengembaraan (jika anda memilih untuk melakukannya).Tetapi kalau anda berniat untuk datang melawat keindahan bandar dan budaya di sini, kos yang diperlukan adalah sangat murah berdasarkan piawaian antarabangsa.
5. Ho Chi Minh City, Vietnam – (RM 60.35)
Kod lawatan separuh hari atau sepanjang hari di luar kota ke Delta Mekong atau Cu Chi Tunnels hanya bernilai 1 botol bir di mana-mana bandar lain. Anda juga boleh tawar-menawar untuk lawatan seperti ke My Tho, Ben Tre, dan Can Tho.
4. Goa, India – (RM 60.29 )
Tarikan utama pelancong di sini adalah pantainya.Pelancong biasanya memilih untuk duduk di tepi pantai sepanjang hari. Anda juga boleh menikmati makanan dan minuman di restoran berlokasi di tepi pantai setaraf dengan yang terdapat di bandar dan murah berbanding di Eropah.
3. Chiang Mai, Thailand – ( RM 58.34)
Harga hotel bertaraf 3 bintang di sini hanya bernilai sekitar harga asrama di Utara Eropah. Harga makanan dan bayaran tempat tarikan pelancongan juga sangat rendah malah banyak yang percuma.
2. Hanoi, Vietnam – (RM 52.46)
Kebanyakan hotel bajet berada di Old City dan anda juga memilih hotel yang lebih baik di bandar bertaraf lebih baik yang terdapat di selatan dan barat. Kemudahan wi-fi juga disediakan di lobi dan setiap bilik hotel.
1. Pokhara, Nepal – (RM 47.31)
Antara tarikan utama di sini adalah Air terjun Devi ( Devi’s Falls) dengan bayaran serendah RM 0.66. Terdapat puluhan restoran menawarkan makanan dari seluruh dunia dan juga makanan tempatan dengan harga yang rendah.