Rangkaian restoran Nando’s Malaysia hari ini melancarkan inisiatif seni tahunannya edisi ke-7. Inisiatif ini telah menjadi batu loncatan bagi pelukis muda yang bercita-cita untuk menempa nama dalam bidang seni di dalam dan di luar negara.
Dengan tema “Alive”, syarikat melantik seorang pelukis grafiti tempatan untuk menterjemahkan tema pertandingan tahun ini kepada sebuah karya seni teristimewa meliputi seluruh bahagian hadapan cawangan restoran Nandos’s di Chinatown. Mural yang begitu menonjol dari segi visual ini juga merupakan suatu mercu tanda baru dalam Inisiatif Seni Nando’s yang begitu dinanti-nantikan. Ini kerana kategori seninya telah diperluaskan untuk mencakupi seni digital dan seni jalanan /grafiti di samping seni halus atas kanvas atau cetakan.
Kali pertama diperkenalkan pada tahun 2008, pertandingan Nando’s ‘Peri-fy Your Art’ telah menjadi wadah untuk pengungkapan dan pembinaan seni kreatif.
Melihat semakin popularnya seni digital dan grafiti, Nando’s berharap kemasukan dua kategori baru ini bagi pertandingan tahun ini akan menarik lebih banyak penyertaan. Nando’s juga telah menaikkan umur penyertaan dengan memasukkan semua warga Malaysia berumur antara 18 hingga 29 tahun.
Panel Hakim Inisiatif Seni 2014 Nando’s
Pertandingan tahun ini menampilkan barisan hakim tersohor dari pelbagai latar belakang – Rachel Jena, Editor Seni TimeOut KL; Ali Bebit, bekas pemenang pertandingan Nando’s Peri-fy Your Art, kini pelukis dan pengukir; Nini Ramlan, Ketua Inovasi Kandungan di Primeworks Studios, pelukis cat dan pengilustrasi; Bee dari Phobia, pelukis grafiti; Ian Cruddas, Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd; dan Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd.
Hadiah-hadiah lumayan
1. Kategori seni halus dan seni digital:
Hadiah utama – RM5,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran solo bertajaan dan bimbingan mentor
Pemenang kedua – RM3,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500 dan bimbingan mentor
Pemenang ketiga – RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500 dan bimbingan mentor
Hadiah sagu hati (x3) – RM1,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
2. Kategori grafiti / seni jalanan:
Hadiah utama – RM5,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
Hadiah sagu hati (x3) – RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
Inisiatif Seni Nando’s 2014 bermula pada 1 Mac dan berakhir pada 30 April. Karya seni bagi ketiga-tiga kategori itu hendaklah diserahkan dengan cara memuat naik gambar foto karya siap dalam talian melalui laman web Inisiatif Seni Nando’s di www.nandos.com.my/artinitiative.
Pengadilan semua karya akan berdasarkan keaslian dan daya kreatif, interpretasi tema, kualiti seni reka dan gubahan, penggunaan medium dan kemasan artistik, serta kesan keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Seni Nando’s, layari www.nandos.com.my/artinitiative.