Kpop sememangnya mempunyai ramai artis yang bijak berfesyen atau fesyenista. Susah untuk senaraikan siapa yang betul-betul hebat berfesyen walau mengenakan apa gaya sekalipun.
1. G DRAGON – BIG BANG
Dia diangkat sebagai ikon fesyen di Korea Selatan kerana bijak menyuai padan fesyen. Malah, dia sering dijemput ke pertunjukan fesyen untuk jenama pereka fesyen dunia. Yang menarik lagi, ramai orang ibaratkan G Dragon sebagai canvas iaitu letak apa sahaja di badannya pasti menarik perhatian. Paling sinonim bila G Dragon ligat berfesyen di lapangan terbang, seperti runway lagaknya.
2. CL – 2NE1
Bagi wanita pula, CL dari 2NE1 boleh dikatakan fesyenista, CL tidak terikat kepada satu gaya sahaja. Melalui temu bual baru-baru ini CL ada menjelaskan fesyen obesesinya sekarang ialah dia suka mengumpul bandana dan aksesori. Malah, CL sering dilihat mengenakan jenama Chanel kegemarannya ke mana sahaja, tidak kiralah kaca mata hitam ataupun beg tangan.
3. JESSICA – GIRLS GENERATION
Pernah diangkat sebagai ikon fesyen untuk wanita suatu masa dahulu kerana walaupun Jessica simple tetapi fesyennya punyai kelas tersendiri. Hanya mengenakan pants, printed t shirt, blazer dan dipadankan dengan loafer berjaya menarik perhatian ramai. Mendapat gelaran ice princess kerana lagaknya persis seorang puteri.
4. HYUNA – 4 MINUTE
Gadis Gangnam Style ini merupakan antara yang seksi di Korea Selatan. Susuk tubuh yang kurus meninggi menyebabkan apa sahaja fesyen yang dikenakan nampak kelas. Ramai yang terkejut dengan imej seksi di atas pentas walhal di luar Hyuna seorang gadis yang pemalu.
5. TAEYANG – BIG BANG
Ahli member Big Bang lagi. Kenapa? Setiap kali muncul album atau single, Taeyang akan kekal dengan konsep tersebut. Seperti sekarang ini, Taeyang mengenakan bandana, face mask pelbagai corak dan rekaan, rambut diwarnakan blonde, pointed shoes juga ripped jeans. Lagi satu, Taeyang boleh dikatakan trendsetter di Korea Selatan kerana banyak gayanya dijadikan trend oleh remaja di sana.
6. HYOMIN – T-ARA
Seorang lagi yang menarik minat Wanista ialah Hyomin dari kumpulan T-ARA. Hyomin adalah antara idol yang minat berfesyen, tidak takut akan kombinasi berisiko seperti seluar bercetak dengan stoking biru dan beg tangan merah jambu yang terang. Gaya Hyomin lebih kepada kombinasi comel, anggun dan seksi.
7. KEY – SHINEE
Key dari Shinee sentiasa memilih jenama yang berbeza dan konsep untuk setiap pakaiannya. Malah, Key bila berfesyen sukakan kreativiti yakni tidak terikat kepada satu gaya sahaja. Kadang-kala dilihat berimej hip hop, kadang-kala menarik dengan gaya military.
8. SOOYOUNG – GIRLS GENERATION
Boleh dikatakan semua ahli Girls Generation bijak berfesyen tetapi apa yang menarik pada Sooyoung ialah dia mengekalkan imej feminin dan elegan bila berfesyen. Mungkin susuk tubuknya kurus dan tinggi melampai menyebabkan dia nampak sangat cantik dan eksklusif sekali.
9. LEE HYORI
Sejak beberapa tahun lepas, Lee Hyori telah dan masih dikenali sebagai ikon fesyen. Dia seorang idol yang berkongsi minat dan cintanya pada fesyen. Hyori merupakan artis Kpop yang mula menempa nama di fesyen antarabangsa. Malah, ramai yang beranggapan sebelum adanya 2NE1, Hyori terlebih dahulu mengetahui cara mengenakan beberapa pakaian dari koleksi jenama adidas.
10. HYUNSEUNG -BEAST
Figure Hyunseung boleh dikatakan seperti G Dragon – maksudnya apa sahaja gaya dan fesyen yang dikenakan pasti nampak menarik. Menurut rakan dalam ahli kumpulannya, Hyunseung sering memikirkan fesyen apa yang sesuai untuknya dan bagaimana penampilannya. Walaupun kadang-kala dia hanya simple tetapi disebabkan pembawakannya yang simple jadi stand out.