Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mendakwa telah mengesan tiga objek yang terapung di perairan Laut China Selatan, kawasan yang dilaporkan menjadi kawasan terakhir pesawat MAS 370 dilaporkan terputus hubungan.
Objek tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan pesawat MH370 yang telah memasuki hari keenam hari ini.
Menurut laporan Sinar Harian, Objek ditemui statelit tidak kecil: 13 x 18 meter (43 x 59 kaki), 14 x 19 meter (46 x 62 kaki) dan 24 x 22 meter (79 kaki x 72 kaki). Sebagai rujukan, lebar sayap Boeing 777-200 yang hilang adalah kira-kira 61 meter (200 kaki) dan panjang keseluruhannya adalah kira-kira 64 meter (210 kaki).
Berdasarkan laporan Astro Awani, Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia berkedudukan di koordinat longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud
Sumber :