Jenama penjagaan bayi terkemuka, Johnson’s® baby memperkenalkan inovasi terbaru mereka, rangkaian baru Johnson’s® baby Milk and Rice. Diperkaya dengan ekstrak beras, rangkaian baru ini membantu memberi khasiat menyeluruh untuk kulit dan menjadikannya lebih lembut dan mulus, selepas hanya satu kali penggunaan!*
Duta baru untuk rangkaian baru Johnson’s®baby Milk and Rice dan ibu kepada dua orang anak, Dynas Mokhtar merupakan simbol wanita moden yang sibuk untuk mengimbangkan kehidupan peribadi serta kerjayanya. Walaupun memainkan pelbagai peranan, antaranya sebagai hos TV, pelakon, model, dan usahawan, dia berasa adalah penting untuk menjalin hubungan yang unik dengan kedua-dua orang anaknya, Khyra Khalyssa, 4 tahun, dan Mohamed Haqaish, 1 tahun setengah.
Dynas turut berkongsi yang dia cuba meluangkan sebanyak masa yang mungkin untuk dua anaknya setiap kali dia pulang daripada kerja. “Kanak-kanak cepat membesar dan saya ingin membina ikatan yang kuat dengan anak-anak saya pada usia awal ini, oleh itu saya cuba untuk memberikan perhatian kepada mereka, melalui mandian, waktu makan dan tidur sebanyak yang mungkin, “katanya dengan penuh kasih sayang.
Rangkaian baru Johnson’s® baby Milk and Rice kini boleh didapati dalam bentuk mandian, losyen dan bedak dan boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/