Pelakon jelita yang mendapat jolokan Blair Waldorf Malaysia memang sentiasa tampak posh dalam soal berfesyen. Pemenang anugerah stail Eh! tiga tahun berturut-turut ini sentiasa nampk chic dan effortless dalam setiap penampilannya.
1. Pemilik butik House of Doll yang terletak di Bangsar ini juga turut memakai koleksi daripada butiknya sendiri. Blouse multirona ini ringkas sahaja dipadankan dengan jeans hitam.
2. Menyarung sweater , frill skirt dan ankle boot. Semuanya dalam rona hitam.
3. Ungu untuk event Cadbury, Wanista sukakan kasut sneakers yang disarung Fazura.
4. Bijak bermain aksesori. Rantai rona merah yang dipadankan berjaya menaikkan seri kombo top-seluar ringkas serba putih ini.
5. Rock chic ! Pelakon filem Kami Histeria ini tampil dengan jaket kulit H&M ketika pembukaan butik tersebut di Avenue K. Dipadankan dengan dress labuh hitam, solekan Fazura menyempurnakan gaya ini. Oh, dan clutch berkilau berbentuk panda yang dijinjingnya walau kurang sesuai dengan gaya ini, tapi unik bukan.
6. Walau sentiasa nampak anggun dan feminin di acara rasmi dan karpet merah, pada pemerhatian penulis, gaya Fazura juga sedikit grunge tapi masih chic. Miss Chanel kali ini dilihat menjinjing Birkin pula.
7. Ini gaya ringkas Fazura ketika ditemubual oleh Lisa Surihani untuk program E Special. Hanya kombinasi blouse dan skinny sudah mampu membuatkan Fazura tampil anggun dan feminin. Oh dan tak lupa Louboutin rona nude sebagai pelengkap gaya.