Nenek yang berusia 64 tahun ini mempunyai 300 tatu di seluruh badannya dan dia tidak menyesal menyaluti badannya dengan tatu sebanyak itu. Tatu pertama Sheila Jones telah dilukis pada badannya seawal usia belasan tahun dan kemudian menambah koleksi tatu di badannya selepas berkahwin. Pelbagai tatu unik dan menarik dilukis pada badannya termasuklah nama anak-anaknya, bunga, logo, binatang, anggota badan dan sebagainya. Suami keduanya yang merupakan ‘hobby tattooist’ yang melakukan perkhidmatan seni badan untuk keluarga dan rakan-rakan menggalakkan lagi Sheila menambah tatunya. -DM