Raikan cinta anda di Restoran Amethyst yang baru sahaja dibuka secara rasmi di Publika. Apa yang menariknya di Restoran Amethyst? Menurut pengasas restoran, Arash Farahmadi yang mengatakan rakyat Malaysia sangat sukakan makan dan penting untuk mencari tempat makan yang sesuai dan sedap, jadi kelebihan kami ialah mahu menonjolkan saat istimewa dengan kisah cinta yang indah. Rasakan suasana cinta apabila berkunjung Amethyst.
Amethyst bermakna batu permata berharga yang mempunyai maksud penyembuhan, keamanan, kasih sayang, perlindungan dan kebahagiaan. Sesuai dengan makna batu itu, Amethyst adalah restoran makan pertengahan yang menggabungkan sentuhan kemewahan dan keselesaan. Makanan yang ditawarkan juga menggunakan bahan-bahan yang berkualiti penuh dengan rasa yang unik dan kasih sayang.
Amethsyt boleh memuatkan 60 orang pada satu-satu masa. Konsep yang diketengahkan juga menarik lebih ke arah jalanan dengan adanya kawasan gerai, manakala dapur terbuka dengan konsep bar mampu menghidupkan nafsu makan anda.
Restoran ini menghidangkan campuran makanan barat -Itali .Signature dish sangat unik, antaranya seperti steak ratatouille dengan beras kunyit, daging lembu yang diperap dihidangkan dengan nasi kunyit dan pelbagai lagi yang menarik dan sedap. Hidangan di Amethyst bermula dari RM 16 hingga RM 52.
Amethyst meletakkan keutamaan kepada perkhidmatan. Setiap pandangan dan komen juga kritikan daripada pelanggan akan cuba diberi maklum balas serta berusaha untuk penambahbaikkan.
Lokasi : Amethyst terletak di A4-G2-06, Publika, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.
Masa : Dibuka pada hari bekerja dari 10 pagi ke 11 malam, manakala pada hujung minggu dan cuti umum dari 10 pagi ke 1 pagi.
Info : Facebook rasmi (www.facebook.com/amethyst.restaurant) atau hubungi +603-6206 5797.
Konsep Restoran Amethyst
Makanan Yang Ditawarkan