Lagi kes dera melibatkan guru dan muris. Kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur ini melibatkan seorang guru dna murid berumur 4 tahun dimana guru tersebut telah memukul kanak-kanak itu sehingga lebam dan luka hanya kerana gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D.
Kanak-kanak tersebut, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu. Kejadian yang berlaku di pusat tuisyen di Sri Gombak itu menyebabkan belakang badan kanak-kanak itu bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi. Kami kongsikan gambar kanak-kanak yang didera di pusat tuisyen itu.