Pada hari ini telefon pintar merupakan suatu keperluan, setiap orang memerlukan telefon pintar untuk berhubung, berkongsi maklumat, bertanya khabar, merapatkan silaturahim dan pelbagai lagi. Bila bercakap pasal telefon pintar, perkara pertama yang berada di minda ialah harganya, semestinya harga telefon pintar mahal, jarang ada yang murah.
Walaubagaimanapun, sebuah model Motorola, Moto G yang cantik dan comel dilancarkan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM698 dan RM798. Ia mempunyai kapasiti 8GB dan 16GB.
Spesifikasi Moto G:
- Dilengkapkan dengan sistem operasi Android 4.3 (Jelly Bean) bersama pemproses Qualcomm Snapdragon 400 dan CPU 1.2GHz quad core.
- Dimensi Moto G terletak pada 129.9mm x 65.9mm x 6.0-11.6mm dan beratnya sekitar 143 gram.
- Saiz skrinnya molek pada 4.5 inci dan kejelasan paparan tertumpu kepada 1280 x 720 HD dan 329 piksel.
- Kamera pula 5 megapiksel tetapi ada ciri lain termasuk flash LED, zum digital 4 kali, video slomo, mod rakaman burst, Auto HDR, panorama dan sentuh untuk fokus.
- Kamera depannya 1.3 megapiksel sementara sambungan lain termasuklah yang biasa didapati seperti bluetooth, wifi dan GPS.
- Mempunyai pelbagai pilihan casing yang menarik dan cantik.
Moto G secara rasmi sedia untuk dijual melalui pengendali utama wayarles, peruncit utama, kedai-kedai elektronik pengguna dan lazada.com.my dari 21 Januari 2014 dan seterusnya. Untuk mklumat lanjut dan info belian, boleh ke Brightstar Malaysia.