Portal antarabangsa Huffington Post menyenaraikan penyanyi kebanggaan Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna antara 20 artis yang harus diberi perhatian pada tahun 2014. Penulis artikel tersebut, Ryan Kristobak memuji keenakkan muzik Yuna yang dikatakan bercitarasa baru dan memberikan dendangan indah kepada pendengar.
Paling menarik, Ryan memperkenalkan Yuna sebagai ahli muzik dari Malaysia yang menggabungkan elemen muzik dari negaranya dan moden pop. Artikel itu turut memuji hasil kerja Yuna menerusi album Nocturnal dan single yang dihasilkan untuk filem animasi The Crood. Penghargaan Huffington Post ini menandakan karier muzik artis yang sedang popular dengan lagu Rescue itu semakin mendapat tempat di kalangan peminat muzik antarabangsa.
Senarai penuh 20 artis:
1. Bad Rabbits
2. Balance and Composure
3. Banks
4. Flatbush Zombies
5. Ground Up
6. The Internet
7. King Krule
8. Knytro
9. Mausi
10. Polyenso
11. Sam Smith
12. Say Lou Lou
13. Shad
14. Tilian
15. Travi$ Scott
16. Volcano Choir
17. W.C. Lindsay
18. Wake Owl
19. Yuna
20. The 1975
Malah, sebelum ini Kendall Jenner, pernah tweet yang dia sangat menggemari lagu Yuna, Lullabies. Menurut tweet dari Kendall, lagu yang bertajuk Lullabies itu adalah lagu kegemaran sepanjang hayatnya dan amat menggemari lagu tersebut.
Sumber : Huffington Post