Kadang-kala pertengkaran boleh mengakibatkan kedua pasangan mengambil keputusan mengakhiri hubungan. Pertengkaran remeh atau berat sama-sama menyesakkan fikiran. Kami berikan antara 6 jenis pertengkaran yang bakal menyebabkan salah seorang daripada anda give up – tidak mahu meneruskan hubungan cinta yang terbina selama ini.
Pertengkaran kerana wang
Ini merupakan perkara biasa dalam sesuatu perhubungan. Jangankan yang sedang berpacaran, orang yang sudah berumah tangga pun boleh bergaduh disebabkan isu wang ringgit. Boleh dikatakan isu wang ringgit sangat sensitif, sekali anda sentuh..haa nasiblah!! Jadi, hati-hati.
Pertengkaran kerana orang tua
Mungkin orang tua tidak merestui hubungan anda. Atau mungkin orang tua tidak menyukai pasangan pilihan anda. Pada mereka, pilihan orang tua lebih baik. Mungkin juga. Ada yang bermusuhan bila keadaan ini terjadi, anda hanya perlu usaha dan waktu bagi membuktikan kepada orang tua masing-masing agar saling mempercayai.
Pertengkaran kerana cemburu
Cemburu itu wajar. Tetapi jika keterlaluan dan berterusan, boleh hancur sesuatu hubungan. Oleh itu, anda berdua kena ada rasa saling percaya mempercayai agar hubungan anda sihat dan tiada rasa syak wasangka. Senang cerita, anda kenali kawan pasangan anda dan pasangan anda juga lakukan demikian kepada anda.
Pertengkaran melibatkan hal berumah tangga
Mungkin anda merasakan sudah tiba masanya berumah tangga tetapi pasangan anda masih menangguhkan hal demikian kerana perlukan masa dan waktu yang sesuai. Bila keadaan seperti ini terjadi, salah seorang akan bermasam muka, si wanita selalunya sudah fikirkan perkara bukan-bukan, si lelaki pula terusan diam. Hah, masalah besar!