Sakit kepala merupakan jenis kesakitan yang paling kerap, memberi kesan kepada 85% rakyat Malaysia2 dalam tempoh
enam bulan yang lepas. Sikap menahan kesakitan mengakibatkan kesan negatif terhadap keadaan emosi dan psikologi individu.
GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK), telah menganjurkan Tinjauan Memahami Pengurusan Kesakitan Panadol 2014 yang meneliti persepsi dan sikap rakyat Malaysia terhadap pengurusan kesakitan. Kajian tersebut telah dilaksanakan oleh firma penyelidikan pasaran global, Ipsos. Tinjauan berkenaan bertujuan untuk menambah pemahaman tentang cara penduduk negara ini mengurus kesakitan dan juga persepsi mereka bagaimana kesakitan memberi kesan terhadap kehidupan masing-masing.
Tinjauan yang dilakukan mendapati:
- Secara purata, rakyat Malaysia3 mengalami sakit kepala sebanyak dua kali sebulan dalam tempoh tiga bulan yang lepas.
- Lapan dalam 10 rakyat Malaysia4 memilih untuk menahan kesakitan daripada mendapatkan rawatan segera – menandakan terdapat bilangan individu menahan kesakitan tanpa sebab yang signifikan, memandangkan sakit kepala merupakan kesakitan yang paling kerap melanda, memberi kesan kepada 85% rakyat Malaysia5 dalam tempoh enam bulan yang lepas.
- Secara umum, ramai beranggapan penyebab sakit kepala6 adalah masalah kurang tidur (72%) dan tekanan kerja (40%).
- Pada masa sama, tujuh dalam 10 rakyat Malaysia7 menyatakan kesakitan merupakan isu peribadi yang tidak memberi impak terhadap tingkah laku mereka.
- 33% rakyat Malaysia8 menyedari diri mereka berbeza ketika mengalami sakit kepala
- 32% rakyat Malaysia9 merasakan mereka akan merengus atau kurang sabar terhadap individu sekeliling mereka, terutamanya ahli keluarga, ketika sakit kepala.
Peningkatan kesedaran mengenai bagaimana kesakitan yang dialami memberi kesan kepada masyarakat sekeliling adalah penting memandangkan ramai individu yang mengalami sakit kepala memainkan peranan pengasuh dalam masyarakat. Ini satu perkara yang mendesak kerana tinjauan yang dilakukan menunjukkan pengasuh utama seperti ibu bapa dan wanita lebih senang mengalami sakit kepala.
Kanak-kanak mungkin akan rasa terabai sekiranya ibu bapa mereka merengus atau kelihatan kurang sabar terhadap mereka kerana tidak mendapatkan rawatan kesakitan yang sewajarnya. Kajian menunjukkan secara purata10, individu biasanya menunggu antara 2 hingga 3 jam sebelum merawat sakit kepala mereka.
Kesan Buruk Tahan Sakit
Dr Anasuya Jegathevi Jegathesan, Ahli Psikologi Kaunseling, Kerusi Program Sarjana dalam Kaunseling dan Pensyarah Kanan, Universiti HELP Malaysia berkata, ramai yang tidak percaya bahawa kesakitan mampu mengubah tingkah laku mereka. Namun realitinya, menahan kesakitan secara berterusan mempunyai kesan negatif terhadap keadaan emosi dan psikologi individu – ini memberikan impak kepada masyarat di sekeliling.
Kesakitan boleh membawa kepada rasa hina diri dan kemurungan, dan mereka yang menderita kerana sakit mungkin mengalami kekecewaan dan angin yang tidak menentu. Pesakit juga boleh terasa sunyi dan terasing memandangkan kesakitan menyukarkan mereka bersosial. Walaupun keluarga dan rakan-rakan biasanya menjadi sumber sokongan bagi pesakit, namun hubungan boleh menjadi tegang disebabkan keadaan emosi negatif atau tidak menentu pesakit. Ini boleh memberi kesan yang meluas memandangkan kesakitan yang biasa seperti sakit kepala menjadi lebih kerap dalam masyarakat yang moden.
Parasetamol
- Parasetamol pada masa ini merupakan ubatan yang biasa diambil untuk melegakan sakit kepala kerana selamat, menjimatkan kos dan mudah diperoleh, di samping telah digunakan sejak sekian lama.
- Parasetamol segera diserap dari perut setelah ditelan dan kebanyakannya termetabolisme di bahagian hati dan dikumuh oleh buah pinggang. Sekiranya diambil mengikut kaedah yang diarahkan, parasetamol hilang dari badan secara semulajadi selepas tempoh 24 jam. Tiada kesan toksik pada badan sekiranya pengambilan berdasarkan dos yang disyorkan. Oleh itu, adalah penting bagi pengguna supaya tidak menjangkaui dos maksimum yang disyorkan setiap hari.
- Pengguna juga perlu memastikan agar mereka tidak mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi parasetamol pada masa yang sama.
Bagi menangani pelbagai kesakitan yang dirasai rakyat Malaysia setiap hari, kepelbagaian produk Panadol menawarkan kelegaan kesakitan khusus, sekali gus memberikan pengguna pilihan untuk merawat pelbagai jenis kesakitan seperti sakit kepala, senggugut, sakit belakang, sakit bahu, sakit sendi dan otot menggunakan produk yang dikhususkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.panadol.com/my