Bulan Mac 2016 adalah bulan untuk memperingati segala pergorbanan dan jasa kaum wanita. Demi menyambut segala pencapaian wanita di seluruh dunia, jenama rangkaian penjagaan wajah terkemuka dari Korea ini, Sorabee tampil mewujudkan semangat baru dengan memperkenalkan Sorabee Balancing Aqua Cream yang mampu menghidupkan kembali kesegaran serta tekstur kulit lembut dan anjal!
Dalam kehidupan kita yang semakin mencabar hari ini, kita sememangnya tidak bisa menjauhkan diri daripada pancaran matahari terik, terdedah kepada faktor pencemaran luar yang secara tidak langsung merosakkan kulit tanpa disedari. Oleh itu, perlindungan yang jitu amat diperlukan untuk mencegah kerosakkan kulit sebelum ia menjadi lebih serius. Bak kata pepatah, ianya adalah lebih baik mencegah dari mengubati.
Untuk pengetahuan anda, Sorabee Balancing Aqua Cream adalah sejenis krim muka yang bisa menyumbangkan nutrisi sebaiknya kepada kulit muka anda. Dalam pada masa yang sama, ianya juga dapat menjadi pelengkap kepada rutin penjagaan muka harian anda.
Seperti namanya, keistimewaan produk ini adalah untuk memberi kelembapan optimum yang mampu menyerap hingga ke lapisan kulit paling dalam, selain turut bisa menegangkan kulit dengan kualiti inovasi pelembab yang berbentuk titisan air sebaik sahaja disapu ke atas permukaan kulit sehingga menjadikan kulit berasa sungguh segar, halus dan lembut senantiasa.
Krim ini secara khas diformulasi untuk menstabilkan penghasilan minyak di muka (sebum) dan berfungsi menyeimbangkan tekstur kulit dengan esen kolagen unik ciptaan jenama Sorabee sendiri.
Sorabee Balancing Aqua Cream ditawarkan pada harga RM106 termasuk caj GST. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kbeautyzone.com.my atau lawat laman Facebook rasmi Sorabee Malaysia di www.facebook.com/sorabeemalaysia