Alangkah seronoknya apabila hampir separuh bajet percutian anda ditanggung beres oleh pihak penaja! Untuk pengetahuan anda, Etihad Airways kini menawarkan para pelancong tempatan dengan peluang memenangi hadiah istimewa hanya dengan menempah sebarang pakej penerbangannya di MATTA Fair 2016 di PWTC, Kuala Lumpur yang bakal berlangsung 11 – 13 Mac ini dari 10am – 9pm.
Seorang pemenang bertuah akan mendapat tajaan penerbangan sepenuhnya oleh Etihad Airways, manakala pemenang saguhati bakal menerima 10 baucar bebas cukai yang bernilai RM300 atau 10 baucar perkhidmatan Wi-Fi percuma ketika terbang bersama Etihad Airways.
Pengurus Besar Etihad Airways untuk Malaysia, Dave Walsh berkata, “MATTA Fair adalah peluang keemasan bagi semua rakyat Malaysia untuk menempah pakej pelancongan idaman mereka bersama Etihad Airways.”
“Kami akan menawarkan tambang penerbangan ke destinasi pelancongan terbaik seluruh dunia pada nilai yang berpatutan, sekaligus memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah hebat!”, tambahnya.
Untuk layak, anda mesti menempah tambang penerbangan Etihad Airways antara 4 – 21 Mac 2016 untuk tempoh penerbangan sehingga 15 Disember tahun ini.
Untuk menempah, sila lawati gerai agen pelancongan yang bekerjasama dengan Etihad Airways di MATTA Fair 2016, pejabat Etihad Airways Kuala Lumpur atau layari secara atas talian di www.etihad.com.
Pemenang akan diumum pada 28 Mac 2016.