Bomber jacket is back! Salah satu item fesyen yang wajib dimiliki musim ini adalah bomber jacket.
Beberapa label mewah kembali mengeluarkan model bomber jacket yang sudah diubahsuai menjadi lebih segar dan ceria.
Salah satu label Vetements, membuat bomber jacket yang berukuran super oversized yang sememangnya nampak cool bila dipakai. Bomber jacket juga boleh memberi kesan versatile walau apapun stail yang digayakan. Bomber jacket pelengkap gaya anda!
Anda boleh padukan bomber jacket bersama boyfriend jeans untuk kesan boyish atau asymmetrical dress untuk gaya santai yang super edgy. Malahan juga, sebagai pelengkap untuk attire sukan anda seperti yang digayakan oleh Kendall Jenner dan Gigi Hadid.