Ya! Hanya 20 minit sahaja diperlukan untuk membuat muffin ini, semestinya sedap dan sihat – di bawah 100 kalori. Resepinya sangat mudah disediakan, anda hanya perlu campurkan ke semua bahan ke dalam mesin pengisar dan sedia dibakar. Tak ke mudah?
Nak sedap dan cantik, tambah topping ikut kesukaan dan kreativiti anda. Nah, Wanista kongsi resepi.
Bahan-bahan:
- 2 cawan old fashioned oats
- 2 ulas pisang
- 1/2 cawan cinnamon applesauce
- 1/4 cawan Greek yogurt
- 1/4 cawan gula perang
- 1 butir telur
- 2 sudu madu
- 1 1/2 sudu teh vanilla
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- Topping: kelapa diparut, pecans dicincang atau walnut, cip coklat atau beri biru (ini ikut suka anda)
Arahan:
- Ketuhar dipanaskan dalam 400ºF.
- Masukkan oat, pisang, epal, yogurt, gula perang, telur, madu, vanila, serbuk penaik, baking soda dan garam ke dalam mesin pengisar. Kisar 10 hingga 15 kali ataupu sehingga adunan menjadi sebati dan sekata.
- Dengan menggunakan cookie scoop atau 1/4 cawan, masukkan adunan ke dalam bekas kek cawan, kira-kira 3/4 penuh – ingat anda mahu tambah topping ke atas adunan, jadi tak perlu letak penuh.
- Bakar selama 14 hingga 15 minit atau cucuk pencungkil gigi ke dalamnya, jika bersih, ianya sudah masak.