Pernahkah anda terbayang untuk menikmati percutian ke pulau peranginan yang hebat. Menghirup air kelapa sambil bersantai di atas buaian bagai pulau itu milik anda! Wah seronoknya! Kini impian anda itu pasti menjadi kenyataan.
Sementara menambah rangkaian minuman baharunya iaitu jus air kelapa yang segar digelar Coco Life. F&N dan AirAsia dengan bangganya menganjurkan peraduan yang menawarkan hadiah berupa pakej percutian pantai 4 hari 3 malam ke Goa, India bersama personaliti serta pengacara televisyen yang tidak asing lagi, Mark O’Dea.
Sehubungan dengan keperluan pengguna masa kini yang lebih fokus kepada pengambilan makanan dan minuman secara sihat, air kelapa bisa menjadi alternatif yang bijak kepada mereka. Rakyat Malaysia terutamanya, kini bisa menikmati kesedapan dan kesegaran air kelapa yang melegakan dahaga secara terus pada bila-bila masa, dimana jua. Rasa Coco Life saling tidak tumpah bagai anda menghirup jus dari buah kelapa yang sebenar!
Diperbuat 100% dari jus kelapa yang diekstrak, setiap pek juga mengandungi khasiat mineral serta zat elektrolit yang dapat membantu memulih hidrasi badan. Manakala enzim bioaktif pula dapat membantu meningkatkan metabolisma dan penghadaman dalaman.
Selain diperkaya dengan potassium, Coco Life juga bebas lemak, pengawet mahupun kolesterol.
Coco Life menyumbangkan rasa tropikal sempurna selari dengan tawaran hebat yang akan diberikan kepada pemenang bertuah nanti! Paraduan Coco Life akan berlangsung dari 11 – 31 Januari 2016 ini dan bakal merealisasikan impian anda untuk makan angin di wilayah eksotik Goa, India.
Coco Life boleh didapati dalam pek 330ml yang boleh ditutup semula pada harga RM3.00. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fnbm.com.my
Cara-cara untuk menyertai peraduan Coco Life:
- Layari laman Facebook Coco Life Malaysia dan tonton muzik video “Taste the Tropics”
- Muat turun aplikasi Dubsmash di Google Play atau App Store dan cari Coco Life Song.
- Rakam diri anda melakukan pergerakkan bibir selari dengan lagu “Taste The Tropics” berkenaan selama 10 saat (sebagai bonus -gunakan kreativiti seperti prop/pakaian pantai/tarian /buah kelapa dan banyak lagi agar persembahan dubsmash anda lebih menarik!)
- Simpan rakaman anda itu dan muat naik ia ke laman Coco Life’s Facebook dengan hashtag #CocoLifeGoGoa
Terdapat dua hadiah utama percutian ke Goa yang dibawa khas oleh AirAsia, termasuk tiket penerbangan serta tempat penginapan mewah. Anda juga tidak ketinggalan untuk beraksi bersama Mark O’Dea dalam siri kapsul.
10 hadiah saguhati berupa 2 tiket pergi balik penerbangan ke Goa, India juga akan diberikan.