Jika anda penggemar snek makanan ringan, anda pasti kenal dan tahu jenama MAMEE. MAMEE amat terkenal dengan rangkaian makanan ringan dan segeranya yang cukup disukai ramai. Dalam kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah kepada warga emas, semua orang pasti tertambat dengan produk keluarannya.
Ditubuhkan sejak tahun 1971,syarikat MAMEE -Double Decker (M) Sdn Berhad tidak pernah gagal untuk menghasilkan makanan snek yang terbaik untuk dinikmati rakyat Malaysia secara umum. Kini, berbekalkan semangat yang jitu melihatkan potensinya untuk terus maju dalam bidang pengeluaran makanan snek dan segera, MAMEE melangkah berani memperkenalkan produk minuman yang digelar MAMEE Cool Tea.
Penghasilan produk minuman ini adalah ilham cetusan kolaborasi MAMEE bersama syarikat pembekal minuman terbesar dari Jepun, Dydo DRINCO, INC (DyDo). Cool Tea adalah sejenis minuman herba yang memberi sensasi kesejukkan. Ia menggabungkan 8 bahan herba semula jadi yang diekstrak terus, sekaligus mampu memberikan sensasi kesegaran yang memuaskan lebih-lebih lagi pada keadaan cuaca Malaysia yang sangat panas dan lembab.
Selain bertujuan untuk memberikan lebih pilihan minuman unik kepada para pengguna, MAMEE mengeluarkan Cool Tea atas tujuan untuk menvariasikan lagi keluaran produknya. Selama ini kebanyakkan produk MAMEE adalah berasaskan rasa kepedasan dan oleh sebab itu, kini MAMEE cuba menyeimbangkan produknya dengan pengeluaran Cool Tea yang sememangnya menyumbang rasa kesejukkan buat mereka yang dahagakan minuman sejuk berkhasiat.
DyDo melihat Malaysia sebagai peluang keemasan untuk syarikatnya melebarkan sayap perniagaan kerana mereka juga menghasilkan rangkaian minuman halal. Jadi, tiada masalah untuk DyDo sendiri mencuba nasib, berkolaborasi bersama MAMEE melihatkan permintaan masyarakat yang memberangsangkan keatas produk minuman yang bukan sahaja lazat dan berkhasiat, malah rata-ratanya memilih untuk menggunakan produk yang bersumberkan bahan halal.
Untuk anda yang sentiasa sibuk dan inginkan sesuatu yang lebih mudah, MAMEE turut akan memperkenalkan satu lagi fasiliti yang bisa menyalurkan minuman segera kepada anda dengan mewujudkan mesin layan diri hasil usaha-sama dengan menggunakan teknologi yang pada asalnya dimiliki oleh DyDo. Anda tidak lagi perlu ke kedai untuk membeli minuman, masukkan sahaja wang kertas ke dalam mesin berkenaan, pilih seleksi minuman anda dan sudah semestinya ia bisa melegakan dahaga anda. Seperti perancangan, mesin layan-diri Mamee ini akan diletakkan di tempat tumpuan orang ramai seperti di pusat-pusat membeli belah, pusat-pusat pengajian, blok pejabat serta hub pengangkutan awam.
Apabila anda makan makanan pedas, ingatlah Cool Tea! Terdapat dalam bentuk botol dan tin yang mudah dibawa kemana-mana dan boleh dinikmati pada bila-bila masa. Lagi Cool, Lagi Best! Terdapat dalam tiga perisa lazat iaitu teh herba asli, teh herba + kekwa dan teh herba + teh hijau. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mamee.com atau lawat laman Facebook rasmi MAMEE Cool Tea di www.facebook.com/mameecooltea.
Pautan Video: Komersial MAMEE Cool Tea Baharu