Resepi Strawberry Chocolate Tart ini sememangnya sangat best. Ia adalah resepi yang paling mudah, tanpa perlu dibakar dan hanya mengambil masa tidak lebih daripada 15 minit. Senang bukan?
Jika anda tidak mahu strawberi, anda boleh letak apa sahaja buah-buahan yang anda suka, ataupun memadai dengan beberapa cip coklat – jika anda yang gilakan coklat.
Apa lagi, cubalah sekarang! Penulis pasti anda akan sentiasa tersenyum bila membuatnya.
Bahan:
Crust
- 32 (330g) Oreo
- 1/2 cawan (110g) mentega, dicairkan
Chocolate Filling
- 7 oz (200g) coklat susu
- 3.5 oz (100g) coklat pahit manis
- 7 oz (200 ml) heavy cream
Topping
- 10 oz (300g) strawberi segar
- kacang dicincang (badam, pistachios, dan lain-lain), pilihan
Cara penyediaan:
- Kisar Oreo sehingga lumat. Tambah mentega cair dan kisar lagi. Pastikan ianya sama rata dan lembab.
- Tuang adunan Oreo dan mentega ke dalam pan tart 5×14 inci segi empat tepat (12 x 36 cm).
- Sejukkan sehingga anda siap menyediakan filling.
- Dalam periuk kecil, letakkan heavy cream dengan api yang sederhana rendah untuk beberapa minit untuk menjadi panas.
- Masukkan coklat cincang dan biarkan selama 1-2 minit. Kacau sehingga semuanya sama rata.
- Tuang coklat ke dalam crust Oreo, tambahkan strawberi segar di atasnya.
- Letakkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.