Jenama rangkaian penjagaan muka semula jadi Urban Veda kini menapak di Malaysia dan Singapura apabila sedar akan peluang keemasan yang menjanjikan ilham berharga baru buat Urban Veda untuk terus berjaya dalam bidang ini.
Sejak Oktober tahun 2013, rangkaian ini berprinsipkan prinsip purba iaitu Ayurveda. Lebih 5,000 tahun yang lalu, kesihatan holistik Ayurveda adalah berdasarkan terapeutik ciri-ciri tumbuh-tumbuhan dan menggalakkan idea berusaha untuk hidup yang lebih sihat dan gaya hidup yang lebih seimbang.
Kehidupan harian masa kini menyebabkan kulit muka rosak keran faktor-faktor kerosakan alam serta pencemaran yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu, ianya amat penting untuk kembali kepada asas. Urban Veda diformulasi menggunakan ramuan semula jadi semata dan prisip kuno seperti Ayurveda sememangnya adalah jawapan yang paling serasi untuk permasalahan kulit masyarakat moden masa kini.
Untuk itu, Urban Veda direka untuk memenuhi keperluan nutrisi untuk semua jenis kulit yang bukan sahaja bisa mencantik dan menyihatkan kulit wajah malah juga berfungsi sebagai penenang emosi yang dihasilkan oleh tindak balas minda serta badan.
Produk rangkaian baharu yang dihasilkan oleh Urban Veda adalah merangkumi aspek membersih, memulih, menenang, dan keserian.
Setiap rangkaian juga terdiri daripada produk rejim penuh bagi penjagaan kulit wajah serta penjagaan badan.
Untuk anda yang mementingkan kualiti serta isi kandungan produk yang bebas parabens, pewarna tiruan, Sodium Lauryl Sulphate atau bahan-bahan GM, Urban Veda adalah rangkaian yang tepat untuk kegunaan harian anda. ia benar-benar vegan, tidak menjalani sebarang ujian keatas binatang.
Harga yang ditawarkan untuk rangkaian ini adalah bermula pada harga antara RM70 – RM100. Anda boleh dapatnya di 24 cawangan butik kecantikan Sasa seluruh Malaysia bermula Disember 2015 ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.urbanveda.co.uk