Platform media terulung Malaysia, Media Prima Television Networks telah melebarkan gagasannya dengan menjalinkan kerjasama bersama syarikat teknologi global Huawei bagi mengubah persepsi rakyat Malaysia tentang jenama milik China itu agar ia mula mendapat perhatian individu di Malaysia.
Melalui kempen ini, Huawei mengajurkan satu kempen yang digelar ‘Huawei Best Wei’ yang menggunakan frasa lazim digunakan oleh orang tempatan. Menarik!
Dengan dorongan oleh Media Prima, kempen ini mengintegrasikan pelbagai kandungan kreatif, bakat tempatan, platform media dan titik sentuhan untuk mengukuhkan persatuan tempatan Huawei serta penglibatan rapat dengan penonton sasaran.
Malaysia dianggap pasaran yang penting buat syarikat Huawei, dan oleh itu, mereka begitu komited dalam menyediakan teknologi dan inovasi yang melengkapkan keperluan gaya hidup pengguna. Bersama dengan rakan kongsinya, strategi ini dianggap berkuasa dan mampu untuk mewujudkan suatu pertubuhan yang kukuh antara Huawei dan para penonton sekitar Malaysia.
“Untuk menggapai dan memenangi hati para penonton Melayu bukanlah begitu sukar, tetapi untuk sesebuah jenama mempunyai makna serta relevan kepada pemahaman para menontonlah yang paling penting”, jelas Wong Siew Wai, Ketua Pengawai Eksekutif, Vizeum Malaysia.
Huawei selaku penaja bersama telah menaja lima kategori drama pada Anugerah Skrin 2015 baru-baru ini. Menguasai hampir 5 Juta penonton, ia dilihat sebagai majlis anugerah yang plaing menyerlah kerana mendapat sambutan daripada kalangan rakyat Malaysia. Ini bukan sahaja menyumbangkan pendedahan yang kukuh mengenai Huawei malah bisa menggalakan kemajuan jenama berkenaan di masa hadapan.
Disamping itu, pihak Media Prima dan Huawei telah melancarkan sebuah iklan istimewa untuk telefon pintar Huawei ‘Mate S’, menampilkan selebriti tanah air yang sedang meningkat naik iaitu Siti Saleha dan Syarul Ridzwan. Iklan berkenaan diilhamkan berdasarkan konsep drama dan cinta yang menonjolkan keberadaan peranti baharu Huawei itu.
Salah satu lagi cara untuk Huawei memperkembangan sayap pasarannya di Malaysia, ini dia lagu tema Huawei yang berjudul Huawei Best Wei kini ligat memonopoli saluran TV3, Tv9 dan media sosial. Disampaikan oleh band rock remaja popular Bunkface bagi mendekatkan jenama berkenaan kepada penonton Malaysia terutamanya. Bunkface bertindak mencetus imaginasi terhadap penonton selain bantu membentuk interaksi jenama yang lebih berkesan.
Pautan Video: Tonton video muzik Huawei Best Wei oleh Bunkface