Para ibu berkumpul di The Majestic Hotel di Kuala Lumpur untuk acara Mamil® MomMe, acara kedua yang diadakan di Kuala Lumpur, untuk mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana sistem penghadaman berfungsi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
“Selama bertahun-tahun, para pakar telah memperkatakan tentang peranan penting sistem penghadaman yang bukan sekadar berfungsi sebagai asas pencernaan dan menyerap makanan yang kita makan. Kajian terbaru menunjukkan sistem penghadaman yang sihat juga menyumbang kepada sistem imun yang sihat dan kesejahteraan emosi,” kata Pakar Perunding Kanak-kanak Dr Chin Wai Seong.
Semasa pembentangannya tentang ‘Kepentingan Kesihatan Sistem Penghadaman yang Baik Untuk Anak Anda’, Dr Chin menekankan:
- Kesihatan sistem penghadaman yang baik, dengan persekitaraan usus yang baik, membantu menjadikan najis lebih lembut agar dapat membuang najis dengan lebih mudah.
- Sistem imun badan juga berkait rapat dengan kesihatan menyeluruh kerana 70% sel-sel imun terletak di dalam sistem penghadaman, oleh itu sistem penghadaman yang baik juga boleh membantu mengelakkan jangkitan penyakit;
- Pada masa yang sama, sistem penghadaman dan persekitaran usus yang baik menyokong pencernaan dan penyerapan nutrisi. Ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
Oleh itu Mamil®, selaku pakar dalam nutrisi kanak-kanak, berbesar hati untuk membantu para ibu – dan melalui inisiatif-inisiatif Mamil® MomMe ini kami berharap dapat terus meningkatkan kesedaran agar kanak-kanak boleh menikmati kebaikan kesihatan sistem penghadaman yang baik. Rumusan susu Mamil® untuk kanak-kanak mengandungi campuran prebiotik oligosakarida, GOS/lcFOS (9:1) berpaten antarabangsa untuk menyokong dan mengekalkan persekitaran usus yang baik,” kata Puan Jane Ee, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd.
Campuran prebiotik galakto-oligosakarida (GOS) dan rangkaian frukto-oligosakarida (IcFOS) berantai panjang Mamil® yang berpaten antarabangsa pada nisbah 9 ke 1, telah terbukti secara saintifik mampu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus, mengurangkan pertumbuhan bakteria merbahaya, menguatkan lapisan perlindungan usus dan menjadikan najis lebih lembut untuk memudahkan pembuangan air besar.
Untuk lebih maklumat tentang Mamil®, anda boleh lihat Facebook www.facebook.com/DumexMamil.