Mulai 13 November 2015, anda berpeluang menikmati kopi berperisa ais-krim ikonik Häagen-Dazs termasuk Macadamia Nut, Green Tea, Vanilla & Cream, Strawberry, Cookies & Vanilla Cream serta Chocolate.
Häagen-Dazs memperbaharui pengalaman minum kopi dengan menyediakan 6 perisa baharu yang diinspirasikan daripada produknya sendiri. Kesemua perisa ais-krim berkenaan dipadankan pula dengan kopi illy, para peminat kopi tanah air pasti gemarkannya!
Disamping itu, jenama terkemuka berkenaan hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti yang diimport khas dari negara luar untuk digunakan dalam pembuatan ais-krim istimewanya, seterusnya mencipta rasa unik yang tersendiri dalam memenuhi cita rasa keinginan peminat ais-krim yang berlainan.
Sama ada ianya adalah kacang Macadamia yang dituai dari Hawaii atau pun coklat dari Belgium, Vanilla dari Madagascar atau susu dan krim dari Perancis, ia adalah penting untuk Häagen-Dazs begitu komited menyediakan produk yang kualiti serta mengekalkan nilai kehebatan mereka.
Begitu juga seperti kopi yang diasaskan di Itali, illy. Illy telah memenuhi permintaan peminat kopi diseluruh dunia dengan rasa kopi yang kaya, halus serta menyengat lebih dari 80 tahun. Gabungan khasnya yang disertai ramuan terpilih menyumbangkan aroma dan rasa yang cukup memukau. Direka menggunakan sembilan (9) jenis variasi biji Arabica yang disalurkan oleh 4 benua.
Para pelanggan boleh mendapatkan latte dalam hidangan sejuk atau panas sekaligus diserlahkan lagi dengan 6 perisa ais krim yang enak dan berkrim.
Ketua Pemasaran Asia Tenggara, Ethan Lim berkata, “Kami memberi yang terbaik kepada para pelanggan dengan hanya menyediakan produk merangkumi bahan dan ramuan berkualiti sahaja. Latte berperisa kami tiada tandingannya kerana setiap hidangan disertai kopi yang berperisa ais-krim keluaran Häagen-Dazs kegemaran ramai dan bukanlah menggunakan sirap mahupun sos sembarangan.
“Kopi ini secara istimewanya telah disediakan oleh barista yang pakar dalam pembuatan kopi dengan memberi nikmat rasa kopi yang tiada bandingan, mencapai keserasian adunan kopi yang menarik. Kami juga percaya, bahawasanya, dengan menggabungkan kopi illy bersama ais-krim kami adalah merupakan jalan paling bernas untuk mereka yang sedang mencari sesuatu yang baru untuk dialami.
Kesemua 18 cawangan Häagen-Dazs seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam menyediakan latte berperisa ais-krim ini termasuk 1-Utama, Pulau Tikus, KLCC, Mid Valley Megamall, Queensbay Mall, Bangsar Village, Sunway Pyramid, Bukit Tinggi Klang, Soho KL, Auto City Penang, De Garden Ipoh, Lot 10, Nu Sentral, JBCC, Gurney Paragon, The Shore, IOI City Mall dan Sunway Putra .
Latte berperisa premium Häagen-Dazs dijual pada harga RM14 (panas) dan RM14.50 (sejuk) segelas.
Untuk maklumat lanjut, sila layari haagendazs.com.my