Keju Ricotta sering menjadi pelengkap atau bahan utama dalam masakan Itali. Sekarang anda boleh juga membuat keju ini dengan hanya menggunakan ketuhar gelombang mikro. Lagi pula, ricotta yang dibuat sendiri ini tidak mengandungi kandungan bahan yang was-was.
Nah resepi!
Peralatan yang diperlukan adalah :-
- Mangkuk kaca untuk gelombang mikro
- Penapis
- Periuk besar
- Sendok berlubang
- Alat perahan lemon
- Termometer
- Kain kapas tipis, terdapat di sebahagian besar kedai bahan kek
Bahan-bahan:-
- 950 ml susu cair
- 240 ml heavy cream
- 60ml jus perahan lemon
- 1 sudu kecil garam
Cara membuatnya:-
Seperti dalam gambar, kain kapas tipis diletak di atas periuk penapis. Ini untuk kegunaan menapis keju nanti.
Perah lemon sehingga 60ml.
Tuang heavy cream dan susu cair ke dalam mangkuk kaca yang akan dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro.
Tambah garam dan perahan lemon tadi. Kacau semuanya dengan spatula ataupun pemukul.
Ketuhar gelombang mikro diletakkan pada tetapi tinggi selama kira-kira 10 minit.
Keju yang siap dibakar apabila mula terbentuk gumpalan di permukaan (disebut dadih) dan ketika termometer menunjukkan suhu 93º Celsius. Jika masih tidak masak, tambah masa microwave lebih kurang 1-2 minit lagi.
Disebabkan panas, jadi, guna kain atau sarung tangan untuk mengeluarkan mangkuk dari gelombang mikro.
Gunakan sudu berlubang untuk menyendok dadih yang menggumpal dari mangkuk ke penapis yang sejajar dengan kain kapas.
Setelah menyendok kesemua dadih, tuang cecair selebihnya ke dalam penapis tersebut. Dadih yang ada di kain kapas adalah ricotta.
Biarkan ricotta kering selama paling tidak 30 minit, bergantung tekstur yang diingini. Keringkan lebih lama untuk tekstur tebal yang boleh disapu atau keringkan lebih cepat untuk tekstur yang lebih nipis. Pindahkan ricotta ke bekas dan simpan di peti sejuk sehingga satu minggu.
Okay Siap! Senangkan? Lepas ni buat sendiri je, tak perlu beli luar lagi.