Hong Kong adalah sebuah bandar maju, terletak di daerah republik China selain merupakan kota metropolitan yang amat terkenal dengan bangunan pencakar langit, cahaya neon dan pelabuhan semula jadi yang dalam.
Baru-baru ini, sebuah mercu tanda yang tersohor di tengah-tengah Hong Kong iaitu Mandarin Oriental Hong Kong memperkenalkan rawatan moden yang istimewa dengan menggunakan teknik penyerapan khasiat dan aura berlian oleh The Oriental Spa yang terletak di dalam hotel bertaraf lima bintang berkenaan.
Rawatan ini dilancarkan susulan ulang tahun Mandarin Oriental yang ke -10. Ia berfungsi untuk mengembalikan kondisi kulit sehingga ke tahap 4 tahun sebelumnya. Perfect Ten Diamond Life Infusion Facial ditawarkan bersama-sama produk dan perawatan efektif yang dilahirkan oleh syarikat kecantikan Sepanyol, Natura Bissé.
Berita baik untuk anda yang berminat untuk mendapatkan rawatan muka yang diperhalusi dengan penyerapan batu permata berharga itu di Forbes Five Star Oriental Spa, anda sebenarnya berpeluang untuk menginap dan merehatkan diri di sebuah kamar mewah baru dengan membuat tempahan pakej penginapan Natura Bissé Perfect Ten yang sah sehingga 29 Feruari 2016 tahun hadapan.
Ali terapi yang bakal memberi layanan kepada anda sepanjang keberadaan anda di spa akan menggunakan kepakaran mereka dalam menjalankan langkah-langkah penting sepanjang proses rawatan berlangsung bagi memberi kesan yang optimal terhadap kulit agar kembali muda dan diakhiri urutan Diamond Hand Ritual menggunakan krim yang memgandungi khasiat berlian sebenar untuk mengembalikan keremajaan.
Melalui satu analisa yang dijalankan oleh Natura Bissé telah menunjukan bahawa, seseorang individu bisa mendapatkan manfaat terbaik dengan pengurangan sebanyak 3.9 tahun bagi penanda biologi penuaan yang dimilki dengan hanya mendapatkan rawatan Diamond Life Infusion Facial setiap hari secara berperingkat selama tujuh (7) hari berturut-turut.
Rawatan yang diguna pakai, Diamond Life Infusion ini adalah salah satu produkyang telah diiktiraf sebagai Produk Spa Paling Berkesan pada majlis SpaChina Awards 2015.
Syarikat Natura Bissé berasa sungguh kagum kerana berjaya mempromosikan rawatan berasaskan berlian ini keperingkat global dan lebih mengembirakan adalah ianya mencatatkan hasil keberkesanan yang lumayan keatas para pengguna.
Nikmati pakej penginapan Perfect Ten Natura Bissé bermula pada harga HKD7,920 (RM4,474) untuk satu malam dan fasiliti yang disediakan adalah termasuk:-
- Penginapan di L600 Deluxe Room
- Sarapan harian di MO Bar atau set sarapan di Amber untuk dua orang
- Rangkaian sambungan Internet
- Rawatan eksklusif Perfect Ten Diamond Life Infusion Facial selama 1 jam 30 minit.
Promosi ini hanya sah sehingga 29 Februari 2016. Kadar adalah tertakluk kepada caj perkhidmatan 10%. Sebarang perubahan harga dan jenis tawaran semasa adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Tawaran adalah tertakluk kepada kekosongan, tidak boleh digabungkan dengan promosi atau tawaran lain, dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mandarinoriental.com, atau terus hubungi pihak yang bertugas di talian +852 2132 0011. Tempahan juga boleh dibuat melalui panggilan terus +852 2132 0088 atau secara atas talian ke alamat e-mail lmhkg-reservations@mohg.com.