Koleksi terbaharu Holiday 2015 daripada Coach akan membuatkan anda terpana sekaligus, anda pasti ingin lekas pergi mendapatkannya sebagai tambahan kepada koleksi beg yang telah sedia memenuhi “walk-in wardrobe” anda!
Setiap material yang digunakan keatas rekaan terkini ini bercirikan kemewahan, manakala rona yang ditetapkan pula adalah yang lebih menyerlah sehingga bisa memancarkan mood dan motivasi keceriaan kepada si pemakai.
Selain sesuai untuk digayakan sendiri, anda juga boleh menitipkan koleksi Holiday 2015 daripada Coach ini sebagai tukaran hadiah kepada mereka yang menyambut Krismas! Si penerima pasti sahaja berasa teruja, lebih-lebih lagi jika dia adalah sang fashionista yang tegar!
Setiap rekaan memiliki perincian yang kemas dan memikat. Terdapat empat ciri yang cuba diketengahkan dalam koleksi kali ini termasuk gabungan fabrik dan material yang bersifat hologram, metalik dan berkilau disamping kulit dan bulu binatang yang telah diperhalusi.
Untuk maklumat lanjut dan gambaran koleksi yang lebih jelas, sila layari www.coach.com