Video berdurasi 1 minit 40 saat yang menampilkan irama muzik dan lirik yang cathcy serta beberapa prdouk diketengahkan dengan nyanyian juga tarian boleh dikatakan sangat kreatif, segar dan ceria sekali.
“Get Cheras, to Cheras!” merupakan lirik utama muzik video yang bertajuk ‘Get Cheras ke IKEA Cheras’ itu.
Syarikat perabot rumah dari Sweden itu juga nampaknya menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menghadiri pembukaan besar-besaran meraka yang dikenali sebagai “Biggest Housewarming Party”.
Terletak di Jalan Cochrane, Cheras gedung berkenaan akan beroperasi 19 November depan dan akan menjadi premis Ikea terbesar di Malaysia.
Video tersebut yang disiarkan di laman rasmi Facebook Ikea Malaysia sehingga kini telah dikongsikan lebih daripada 9263 netizen di media sosial.
Rata-rata memberi respon yang amat baik berkenaan video yang penuh warna-warni tersebut.
Jom tengok iklan ini dan mari berdansa bersama-sama.
[SUMBER]